MPI release
Makan tengah hari bersama Sime Darby Plantation Berhad

Makan tengah hari bersama Sime Darby Plantation Berhad

23 Mac 2023: Terima kasih Sime Darby Plantation Berhad kerana belanja MPI makan tengah hari semalam di Saujana Hotel Lumpur. Layanan mesra Ketua Kandungan syarikat perladangan itu, Encik Wan Azneal Hussain Mohd Azam, Pengurus Pembangunan dan Pengurusan Kandungan, Encik Michael Murty dan Pengurus Komunikasi Dalaman, Puan Rosnazura Idrus amat dihargai.

Sime Darby Plantation Berhad adalah entiti korporat yang menyokong program Malam Wartawan Malaysia anjuran MPI sejak banyak tahun. Pada majlis tersebut saya menzahirkan harapan agar sokongan itu diteruskan dalam penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2023 pada 9 Jun dengan kuantum tajaan lebih besar lagi.

Turut mewakili MPI pada majlis makan tengah hari itu ialah Ketua Pentadbiran dan Pengurusan Acaranya, Puan Norhafiza Kamaluddin dan Setiausaha Pentadbiran, Puan Nur Afiqah Rahmat.