Malaysia Airports Holdings Berhad – Media Relations Training
Kursus ‘customised’ MPI awal tahun 2019 dimulakan dengan ‘Media Relations Training’ untuk melatih pengurusan kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjadi jurucakap berkesan dan teknik menjalin hubungan baik dengan media pada 28 Januari lalu di Hotel Sama-Sama, KLIA Sepang.
Bengkel tersebut telah dibimbing oleh personaliti TV tersohor, Puan Yusanani Yushak yang pernah berkhidmat sebagai penyampai Buletin Utama TV3 dan Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Kumpulan, Malay Mail.
Seramai sepuluh pengurus kanan MAHB mengambil bahagian dalam kursus sehari ini iaitu : Puan Suradini Abdul Ghani, SGM Guest Advocacy; En. Mohammad Nazli Abdul Aziz, SGM Commercial Services; En. Azman Shah Mohamed, SGM Human Resources; En. Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, SGM MA Sepang; Puan Nik Anis Nik Zakaria, GM Corporate Communications; En. Kamaruzzaman Razali, GM MASB; En. Mohd. Nazim Hashim, AM Penang; En. Sunif Naiman, AM Kota Kinabalu; En. Jefry Ramli, AM, Langkawi; dan En. Jun Iskandar Murshidi, AM Kuching.
Selama sehari berkursus secara intensif, mereka telah didedahkan dengan selok belok tampil berwibawa apabila ditemuramah oleh wartawan televisyen, membina reputasi organisasi dan bagaimana untuk mengendalikan media apabila berhadapan dengan krisis.
Sekitar sesi praktikal temuramah berhadapan dengan kamera – Puan Yusanani memberi tunjuk-ajar tatacara yang betul kepada para peserta.
Para peserta memberi tumpuan pada sesi kedua “Establishing A Lasting Relationship with the Media” disampaikan oleh Datuk Wong Sai Wan.