MPI release
MASTER CLASS PERTAMA MPI  

MASTER CLASS PERTAMA MPI  

Program master class anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dalam bidang bisnes & ekonomi telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Oktober 2022 di Pusat Latihan MPI di Cyberjaya.

Datuk Yong Soo Heong yang juga mantan Ketua Pengarang & Pengarang Ekonomi, BERNAMA  bertindak sebagai mahaguru untuk master class pertama ini telah berkongsi pengalaman beliau kepada sembilan orang wartawan bisnes dan ekonomi dari BERNAMA, Berita Harian, New Straits Times, Harian Metro, Sarawak Voice & Sarawak Tribune.

Wartawan yang mewakili 6 jenama media itu telah berguru dengan beliau bagaimana untuk menghasilkan laporan bisnes dan ekonomi yang berkualiti yang hadir ke program tersebut secara fizikal dan atas talian.

Datuk Yong adalah seorang wartawan berpengalaman luas dalam selok belok membuat liputan bidang perniagaan dan ekonomi.

Rata-rata peserta sangat teruja dengan pengalaman yang dikongsikan oleh beliau yang tidak mungkin diperoleh dengan mudah di luar sana.

Berikut merupakan rangkuman gambar

Mahaguru untuk master clas pertama sedang berkongsi tips dan pengalaman beliau
5 orang peserta yang mengikuti program secara fizikal  
Hazwan dari Berita Harian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh penceramah
Peserta fizikal & atas talian bergambar dengan penceramah di akhir program