MPI release
‘MEDIA PERLU SENTIASA BERHATI-HATI’

‘MEDIA PERLU SENTIASA BERHATI-HATI’

Disediakan oleh : Shahirah Shukor

Media perlu sentiasa berhati-hati sebelum menulis sesuatu artikel kerana mereka adalah kelompok yang memiliki kebarangkalian tinggi untuk dikenakan tindakan undang- undang. Itu pesanan yang kerap kali diulang penceramah kepada para peserta yang mengikuti Kursus Media dan Undang-Undang pada 19 -20 Julai lalu.

Dikendalikan secara hibrid oleh Dr. Hafidz Hakimi Haron, Pensyarah Fakulti Undang-Undang, MMU Universiti (cawangan Melaka) dihadiri seramai 6 orang peserta fizikal serta 12 orang peserta secara atas talian mewakili organisasi masing-masing iaitu Siakap Keli, Media Prima Berhad, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), The China Press, RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Tidak hanya tertumpu kepada teori semata-mata, huraian dan perbezaan terma-terma yang digunakan dalam perundangan turut dijelaskan oleh penceramah bagi mengelakkan peserta menggunakan terma yang salah dalam pelaporan. Tambah menarik kursus diperkukuhkan lagi dengan pelbagai kajian kes sebenar dan perbincangan dalam memberi gambaran menyeluruh dan kefahaman kepada para peserta.

Para peserta kedua-dua platform memberikan penglibatan aktif untuk setiap tugasan berkumpulan walaupun subjek kursus agak berat.

1. Sesi perkongsian daripada penceramah, Dr Hafidz Hakimi Haron mengenai sistem kehakiman kepada para peserta.
2. Gambar atas dan bawah : Peserta fizikal dan atas talian yang menyertai kursus.
3. Saufee (BERNAMA) dan Farhana (RTM) sedang membuat perbincangan latihan tugasan yang diberikan.
4. Kajian kes yang disampaikan oleh Saberi (Media Prima Berhad) mewakili grup atas talian.
5. Sesi pembentangan tugasan kumpulan oleh Farhana (RTM).
6. Para peserta kursus Media dan Undang-Undang mengambil gambar kenangan bersama penceramah kursus, Dr Hafidz Hakimi Haron.
7. Dari kiri Aisyah (RTM), Farhana (RTM), Saufee (BERNAMA), Dr Hafidz Hakimi (Penceramah), Aqmal (Siakap Keli), Adnin (Siakap Keli) dan Nordiana (BERNAMA)