Media Sensitisation Workshop on HIV / AIDS 2017: To Treat HIV Is to End AIDS
HIV dan AIDS adalah dua perkataan yang masih digeruni, mudah disalahfahami, termasuk dalam kalangan pengamal media.
Atas kesedaran itu, MPI dengan kerjasama Malaysian Aids Council, Malaysian Aids Foundation dan Yayasan Sime Darby akan menganjurkan Media Sensitisation Workshop on HIV / AIDS 2017: To Treat HIV Is to End AIDS.
Bengkel ini akan diadakan pada Selasa, 25 Julai 2017 di Bilik Latihan Malaysian Press Institute, No. 2945, Jalan Bukit Ledang, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50490 Kuala Lumpur.
Bengkel sehari ini bertujuan mempertingkatkan lagi kemahiran menulis dalam mengendalikan laporan tentang HIV/AIDS dan istilah yang tepat dalam menulis topik berkenaan. Selain itu para peserta dapat berkongsi perkembangan terkini, tindakan diambil untuk menghapuskan AIDs, cara pencegahan, rawatan dan inisiatif perubatan untuk mencegah penyakit tersebut oleh MAC & MAF. Di samping terdapat tugasan kumpulan dan para peserta boleh menemuramah orang yang hidup dengan HIV dan juga dapat menemuramah pakar-pakar yang terlibat.
Diharap dengan mengikuti bengkel ini, para peserta akan dapat menyedarkan masyarakat dan mengikis stigma yang sering dikaitkan dengan HIV / AIDS.
Sehubungan itu, MPI mempelawa pertubuhan media Datuk / Tuan / Puan menyertai bengkel ini dengan mengemukakan nama-nama wartawan / wartawan kanan khususnya dari meja am, rencana, kesihatan atau mana-mana wartawan yang berminat dengan mengembalikan borang penyertaan yang dilampirkan melalui faksimili / email sebelum Selasa 18 Julai 2017.
Pihak penganjur menyediakan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang semasa berbengkel. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Bersama ini disertakan tentatif program dan borang penyertaan untuk makluman.
Justeru jangan lepaskan peluang memahami lebih dekat HIV / AIDS ini.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Puan Fiza / Puan Ambia ditalian 03-2095 2013/14 dan email ke norhafiza_mpi@yahoo.com / ambia_mpi@yahoo.com / trainingmpi2945@gmail.com.