MPI release
MENDALAMI ILMU TEKS UCAPAN BERSAMA PENCERAMAH BERPENGALAMAN

MENDALAMI ILMU TEKS UCAPAN BERSAMA PENCERAMAH BERPENGALAMAN

Pada 7 – 8 November yang lalu, bertempat di Hotel Everly, Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya Kursus Penulisan Teks Ucapan Majlis Rasmi yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Press Institute.

Kursus ini telah diadakan khusus kepada pegawai-pegawai Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan disertai seramai 20 orang peserta.

Komunikasi dua hala yang berkesan di antara penceramah dan peserta telah banyak membantu para peserta untuk memantapkan lagi penulisan teks ucapan yang bakal dihasilkan kelak.

Pengalaman penceramah selama 50 tahun dalam bidang kewartawanan dan kapasitinya sebagai pengerusi Malam Wartawan Malaysia merupakan satu bonus kepada peserta yang menyertai kursus 2 hari ini.

Untuk menambah lagi pemahaman daripada perkongsian yang dibuat, para peserta telah diberi beberapa tugasan untuk disiapkan melalui aktiviti latihan dalam menghasilkan teks ucapan yang menarik dengan menggunakan tips-tips yang telah dikongsikan oleh penceramah.

Berikut merupakan rangkuman gambar dua hari berkursus:

Datuk Dr. Chamil Wariya berkongsi pengalaman dalam menghasilkan teks ucapan.

Para peserta menggunakan kamus untuk mencari perkataan-perkataan yang jarang didengari untuk mengetahui maksud yang tersirat.
Encik Abdul Majid Mat, Timbalan Pengarah Bahagian Kanan (CPPO), mewakili kumpulannya membentangkan perkataan-perkataan yang dijumpai di dalam kamus Bahasa Inggeris.
YBrs. Dr. Anesee Ibrahim, Pengarah BPPD, JPA bertanyakan soalan kepada penceramah berkaitan dengan penghasilan teks ucapan.
Kelihatan para peserta bertungkus-lumus menyiapkan tugasan untuk menghasilkan teks ucapan.
Para peserta mewakili setiap kumpulan membuat pembentangan mengenai Statement of Intent (SOI) dan teks ucapan yang telah dihasilkan.
YBrs. Dr. Anesee Ibrahim, Pengarah BPPD, JPA menerima Sijil Penyertaan daripada penceramah sebagai wakil kepada setiap peserta.
Para peserta merakamkan gambar kenangan bersama penceramah sebelum bersurai.