Mesyuarat terakhir di MPI Jalan Bukit Ledang, Kuala Lumpur

Bertempat di Kabin Latihan Malaysian Press Institute, Jalan Bukit Ledang Kuala Lumpur pada 31 Oktober l2017. berlangsung mesyuarat terakhir Lembaga Pemegang Amanah dan Majlis Pentadbir MPI sebelum MPI memulakan operasi sepenuhnya di premis baharu di Cyberjaya dijangka pada awal tahun 2018.

Mesyuarat selama hampir dua jam itu yang dipengerusikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya membincangkan tentang aktiviti yang dicadangkan pada tahun 2018 selain mengemaskini maklumat berkait dengan pelbagai kegiatan dan program sepanjang tahun 2017.

Antara Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang hadir pada mesyuarat tersebut ialah Datuk Mustapa Omar, Datuk Yong Soo Heong dan Dr. Mohd Safar Hasim.

Manakala ahli majlis pentadbir yang hadir ialah  Datuk Zakaria Abd Wahab, Encik T. Selva, Encik Choo Joon Kian, Encik Foo Tick Fat, Puan Sri Diah Shaharuddin, Encik Mohd Azri Atan dan Tuan Haji Ainol Amriz Ismail.

Pada mesyuarat tersebut pihak sekretariat telah membentangkan program-program latihan, anugerah kewartawanan dan penerbitan yang akan dilaksanakan sepanjang 2018. Ini termasuk program-program latihan khas yang akan dibiayai geran RM200,000 Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang disalurkan menerusi Jabatan  Penerangan Malaysia pada tahun depan.

Mesyuarat juga merakamkan penghargaan kepada Encik Francis Fahir, mantan presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Datuk Mustapa Omar yang menamatkan perkhidmatan masing-masing sebagai ahli Majis Pentadbir.

Tempat yang dikosongkan oleh mereka akan diisi dengan pelantikan baharu mewakili kedua-dua organisasi tidak lama lagi.

Datuk Mustapa bagaimanapun kekal sebagai Ahli Lembaga Pemenang Amanah MPI.

Sempena mesyuarat terakhir itu, kalangan yang hadir telah merakamkan gambar-gambar sebagai kenangan akhir MPI di Jalan Bukit Ledang.

Selepas mesyuarat selesai, majlis jamuan kecil diadakan untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran Tuan Haji Ainol Amriz pada 30 Oktober dan Datuk Yong Soo Heong pada 28 Oktober yang lalu.

MPI telah beroperasi di Jalan Bukit Ledang sejak tahun 2008 sebelum Ahli Lembaga Pemegang Amanah dengan restu Ahli Majlis Pentadbir memutuskan untuk membeli dua unit ruang pejabat di Kompleks Bisnes Radius, Cyberjaya pada harga RM1.8 juta.

Majlis penyerahan kunci premis baharu MPI dijangka diterima pada minggu kedua November ini diikuti dengan kerja-kerja ubah suai sebelum berpindah pada awal 2018.

Rakaman gambar-gambar :

Mesy Terakhir 01Gambar atas dan bawah : Ahli mesyuarat hadir sebagai tanda sokongan kepada program-program yang kewartawanan anjuran MPI yang memberi nilai tambah kepada pengamal media khususnya dan industri kewartawanan di Malaysia

Mesy Terakhir 02

Mesy Terakhir 03Urusetia MPI mengambil kesempatan meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Tuan Haji Ainol Amriz Ismail (berjaket hitam dan berkaca mata) pada 30 Oktober dan Datuk Yong Soo Heong (berkemeja biru) yang jatuh pada 28 Oktober 2017.

Ahli mesyuarat kelihatan sangat “sporting” apabila diminta menyanyikan lagu Happy Birthday beramai-ramai.

Mesy Terakhir 04Antara aksi spontan ahli mesyuarat yang sempat dirakamkan oleh lensa jurukamera MPI. Masing-masing diminta untuk bergambar di dalam kabin MPI dan di sekitar kawasan MPI. Ini merupakan venu rasmi mesyuarat Ahli Majlis Pentadbir dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terakhir diadakan sebelum MPI berpindah ke Cyberjaya pada awal 2018.

Mesy Terakhir 05Terima kasih!

Dari kiri : Encik Mohd Azri Atan (TV3), Datuk Yong Soo Heong, Dr. Mohd Safar Hasim, Datuk Zakaria Abd Wahab (BERNAMA), Datuk Dr. Chamil Wariya, Encik Foo Tick Fat (Nanyang Siang Pau), Tuan Haji Ainol Amriz Ismail (Utusan), Encik Choo Joon Kian (Sin Chew Media), Datuk Mustapa Omar, Encik T. Selva (The Star) dan Puan Sri Diah Shaharuddin (Kumpulan Media Karangkraf).

Tiada dalam gambar : Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman (Jabatan Penerangan Malaysia), wakil SJA dan wakil NSTP.