MOJO MEMBANTU PENGELUARAN VIDEO YANG LEBIH FLEKSIBEL DAN PANTAS
Malaysian Press Institute (MPI) sekali lagi telah menganjurkan Kursus Kewartawanan Digital & Multimedia atau dikenali sebagai MoJo (Mobile Journalism) selama tiga hari berturut-turut pada 15 hingga 17 Mac 2022 secara bersemuka bertempat di bilik latihan MPI, Cyberjaya.
Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya diikuti seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai organisasi media iaitu Al Hijrah Media Corporation, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Melaka Hari Ini, TVN Media Prima Berhad dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).
Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan yang berkonsepkan MoJo iaitu Encik Mohammed Hazli Hassan atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Bobo.
Pada hari pertama kursus, para peserta telah didedahkan mengenai apa itu mobile journalism dan teknik-teknik membuat sesuatu rakaman dari pelbagai sudut rakaman dengan hanya menggunakan telefon pintar. Peserta juga ditugaskan untuk membuat rakaman selama 1 minit mengenai kursus yang dilaksanakan dan apa yang telah mereka perolehi pada hari tersebut.
Manakala pada hari kedua peserta telah ditugaskan untuk ke Masjid Raja Haji Fisabilillah di Cyberjaya dan membuat rakaman mengenai masjid tersebut. Cikgu Bobo juga telah berkongsi pelbagai tips dan cara bagaimana untuk menyunting video rakaman yang dibuat dengan memasukkan penggunaan teks, logo, overlay dan penggunaan layer untuk ‘melapik’ video dengan menggunakan aplikasi VN Video Editor. Pembentangan video rakaman dipertontonkan pada hari ketiga kursus tersebut.
Rata-rata peserta berpuas hati dengan perkongsian dan maklumat yang diberikan oleh Cikgu Bobo. Bagi mereka, kursus ini sangat membantu mereka kerana telah didedahkan dengan teknik dan cara yang mudah untuk menyunting video dengan menggunakan aplikasi VN yang mempunyai pelbagai kompenan di dalam aplikasi tersebut.
Rakaman gambar-gambar: