MPI release
MPI bina satu lagi pusat latihan di Cyberjaya

MPI bina satu lagi pusat latihan di Cyberjaya

Majlis penyerahan kunci pembelian sebuah ruang kerja di Cyberjaya untuk dijadikan satu lagi pusat latihan pelbagai guna MPI berlangsung pada 2 Jun 2022 di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Penyerahan kunci dilakukan oleh Encik Wan Syarizman Wan Jaafar mewakili EMKAY Group, pemaju Radius Business Park Cyberjaya kepada Pengerusi MPI Datuk Dr. Chamil Wariya disaksikan oleh ahli lembaga pemegang amanah dan majlis pentadbir MPI.

Terletak di tingkat bawah, harga jualan unit tersebut ialah RM1.28 juta. Bagaimanapun pemilik Emkay, Tan Sri Mustapa Kamal memberi diskaun 32% bagi pembelian tersebut sebagai menghargai peranan MPI membangunkan modal insan kewartawanan Malaysia.

Tan Sri Mustapa juga memberi diskaun istimewa terhadap pembelian dua ruang kerja di Radius pada tahun 2017.

Dengan pembelian terbaharu itu, MPI memiliki tiga unit ruang kerja di Radius Business Park bernilai sekurang-kurang RM3 juta mengikut harga pasaran.

Dua unit sedia ada bersaiz 3,400 kaki segi menempatkan pejabat sekretariat dan pusat latihan MPI.

MPI, sebuah pusat latihan kewartawanan mula beroperasi di Radius Cyberjaya pada 1 April 2018.

Encik Wan Syazriman menyerahkan replika kunci kepada Datuk Dr. Chamil

Bergambar kenangan dengan ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbir MPI