Kursus
MPI bincang program latihan dengan AmBank

MPI bincang program latihan dengan AmBank

Tiga petugas MPI menjadi tetamu makan tengah hari yang dihoskan oleh pasukan komunikasi AmBank pada 7 Jun 2023 bertempat disebuah restoran di Kuala Lumpur.

Hos majlis tersebut ialah Encik Ridzuan Zulkifli, Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Media AmBank.

MPI diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Dr. Chamil Wariya, ketua pentadbiran dan pengurusan acara, Puan Norhafiza Kamaluddin dan setiausaha pentadbiran, Puan Nor Afiqah Rahmat.

Selain Encik Zulkifli turut hadir mewakili AmBank ialah Encik Shazman, Puan Chai Woon Geok, Encik Harlimi Muhammad, Puan Amalina dan Puan Asyiqin.

Sambil makan kita juga berbincang mengenai kemungkinan mengadakan kerjasama dalam bidang latihan untuk bank tersebut. Program spesifik akan diperhalusi kemudian.

Terima kasih Encik Zulkifli kerana bermurah hati belanja orang MPI makan dengan hidangan yang enak.

Terima kasih juga kerana menaja sebuah meja pada Malam Wartawan Malaysia 2023 anjuran Malaysian Press Institute pada 9 Jun. AmBank telah menaja Malam Wartawan Malaysia sejak banyak tahun.

Bersama Encik Zulkifli Ridzuan dan Encik Shazman.
Tags :