MPI dan PNM anjur Bengkel Literasi Maklumat dan Media
Bengkel Literasi Maklumat dan Media, anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Malaysian Press Institute (MPI) diadakan pada 9 Mei 2016 di Pusat Hipermedia Dewasa, Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia Kuala Lumpur.
Antara peserta yang hadir mengikuti bengkel Literasi Maklumat dan Media
Seramai 19 orang pengamal media tempatan menghadiri kursus ini. Mereka terdiri daripada Kosmo dan Utusan Malaysia masing-masing menghantar 3 (tiga) orang wartawan manakala Bernama menghantar 5 (lima) orang wartawan, DBP dan Jabatan Penerangan Malaysia masing-masing menghantar dua (2) orang editor dan pegawai penerangan mereka, Berita Harian, HCK Media Group, TV Alhijrah dan RTM masing-masing menghantar seorang wartawan dari setiap organisasi.
Dua orang wartawan Kosmo! Mohd Ridzauddin bin Roslan (kiri) dan Norhayati binti Yahaya (tengah) mencari maklumat yang diperlukan semasa sesi latihan sambil diperhatikan oleh Puan Nor Shamsinar bt Baharom, penceramah dari PNM.
Selain teori, para peserta juga telah dibawa melawat sekitar Perpustakaan Negara Malaysia antaranya untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana manuskrip dibaiki dan dirawat dan bebas dari bahan kimia juga cara memeliharanya supaya menjadi satu naskah yang berguna semula.
Tuan Haji Wan Hussain bin Wan Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Pemuliharaan Perpustakaan Negara Malaysia sedang menunjukkan manuskrip yang telah dipulihara.
Banyak ilmu dipelajari sepanjang sehari berbengkel ini antaranya peserta diberi pendedahan mengenai kaedah/teknik pencarian, pengurusan dan etika penggunaan maklumat dengan lebih tepat dan sahih.
Peserta bergambar kenangan bersama penceramah, Puan Nor Shamsinar bt. Baharom, Penolong Pengarah Bahagian PMO Digital, Perpustakaan Negara Malaysia (duduk lima dari kanan).