MPI hadiahkan buku terbitannya kepada PEMRED media Indonesia
Malaysian Press Institute (MPI) menghadiahkan dua buah buku karangan Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Datuk Dr. Chamil Wariya kepada 15 orang pemimpin redaksi (PEMRED) media utama Republik Indonesia yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari mulai 18 Februari 2019.
Buku-buku tersebut ialah Krisis dan Strategi: Cabaran Kewartawanan dan Media Era Digital dan Malaysia Pembinaan Negara Bangsa.
Penyampaian buku-buku itu disempurnakan oleh Pengerusi Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI), Datuk Zulkifli Salleh pada satu majlis makan malam anjuran ISWAMI Malaysia dengan Jabatan Perdana Menteri di Hotel Zenith di Putrajaya pada 19 Februari.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan Perdana Menteri, Encik Jamil Derus Ahmad dan Pengarah Bahagian Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Encik Aminudin Yahaya.
Turut memeriahkan majlis makan malam itu ialah ahli jawatankuasa ISWAMI Malaysia yang lain, antaranya, timbalan pengerusi, Datuk Zulfkeli Hamzah yang juga pengarang Utusan Malaysia; bendahari, Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, naib pengerusi, Datuk Mustapa Omar, mantan pengarang kumpulan Harian Metro, Datuk Abdul Jalil Ali, penasihat esekutif editorial Kumpulan Media Karangkraf.
Dalam lawatan ke Malaysia itu, para PEMRED itu, antara lain, telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama lebih sejam.
Menurut mereka, pertemuan itu berlangsung secara berterus terang dan Perdana Menteri menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepada beliau mengenai pelbagai perkara secara terbuka. Ini termasuklah mengenai politik dan ekonomi semasa Malaysia serta hubungan Malaysia dan Republik Indonesia.
Para PEMRED itu juga menzahirkan kekaguman masing-masing terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir yang pada usia 93 tahun kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Mereka berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan itu.
Rombongan PEMRED itu dipimpin oleh Pengerusi ISWAMI Indonesia, Bapak Asro Kamal Rokan.
Antara yang ikut serta dalam lawatan tersebut ialah:
1. Ibu Mardiana Estilistiati, Pemimpin Redaksi Kompas.
2. Bapak Irfan Junaidi, Pemimpin Redaksi Republika.
3. Bapak Purwanto, Pemimpin Redaksi Koran Sindo.
4. Bapak Riki Handayani, Pemimpin Redaksi Harian Rakyat Merdeka.
5. Bapak Arifin Asyhdad, Pemimpin Redaksi KUMPARAN.
6. Bapak Selamun Yoanes Bosko, Pemimpin Redaksi Metro TV.
7. Ibu Rosianna Silalahi, Pemimpin Redaksi Kompas TV.
8. Bapak Totok Suryanto, wakil Pemimpin Redaksi TV One.
9. Ibu Dewi Artiwi Susanti Arini, Penerbit Eksekutif CNN Indonesia.
10. Bapak Noor Syamsuddin Chatib Haesy, Pemred Akarpadinews.
11. Bapak Sukma Nugraha Loppies, Senior Editor, TEMPO.
12. Bapak Ary Hermawan, Managing Editor Jakarta Post.
13. Bapak Bambang Purwanto, Wakil Direktur Pemeritaan Internasional LKBN ANTARA.
14. Bapak Ilham Bintang, Ketua Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI).
Rakaman Gambar-Gambar :