ANUGERAH
MPI HARGAI TAJAAN DAN SUMBANGAN MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2023

MPI HARGAI TAJAAN DAN SUMBANGAN MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2023

Majlis meraikan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2023 (MWM 2023) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2023 bertempat di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur.

Seramai 120 orang tetamu mewakili 38 organisasi korporat dan agensi kerajaan hadir bagi menyerahkan sumbangan masing-masing kepada Ahli Jawatankuasa Malam Wartawan Malaysia yang diketuai oleh YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya.

Bagi tahun 2023, MPI secara kolektif telah menerima sumbangan dan tajaan kewangan berjumlah RM489,300 dari 47 organisasi korporat, agensi kerajaan, kerajaan negeri, YB Menteri dan organisasi media yang menyatakan persetujuan menjayakan penganjuran MWM 2023.

Sehingga ke tahun ini, PETRONAS masih kekal sebagai penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2022 (HKM 2022) dengan nilai tajaan RM300,000 yang diperuntukkan kepada para pemenang HKM 2022.

Malam Wartawan Malaysia 2023 bakal diadakan pada 9 Jun 2023 bertempat di hotel yang sama.

Kepada pihak penyumbang, terima kasih kerana senantiasa menyokong penganjuran Malam Wartawan Malaysia dan jumpa pada malam kemuncak Malam Wartawan Malaysia nanti!

Berikut adalah rangkuman gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

PETRONAS selaku penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI – PETRONAS 2022. YBhg. Datin Anita Azrina A Aziz, Pengurus Besar Kanan, Perhubungan Dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS hadir menyerahkan replika sumbangan kepada Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI).
Encik Cairil Irwan Amir, Timbalan Ketua Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan, DRB-HICOM Berhad menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 40,000. DRB-HICOM turut menaja 700 kaki payung untuk dihadiahkan kepada para tetamu yang hadir pada MWM 2023.
YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya (kiri) menerima replika cek sebanyak RM 20,000 daripada wakil Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Omar Atin Kanan, Pengurus Kanan Kumpulan Komunikasi Korporat.
Encik Ronnee Osman, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM BANK) menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 20,000.
Ketua Strategi, Perniagaan & Komunikasi Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Puan Noor Izlina Idris menyampaikan sumbangan RM20,000.
Sokongan secara berterusan juga diterima daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Puan Nor Hanim Idris, Pengurus Kumpulan Komunikasi Korporat TNB, menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 20,000.
Penajaan RM 20,000 disampaikan oleh Encik Muadz Samat, Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia.
Affin Bank Berhad, diwakili oleh Puan Sharifah Noor Syahirah Syed Mohd Noor Azlan, Penolong Pengurus Komunikasi Strategik Affin Bank menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 10,000.
Encik Ridzuan Zulkifli, Naib Presiden Kanan, Komunikasi Strategik & Perhubungan Media Kumpulan Ambank Berhad, menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000.
MPI turut menerima sumbangan bernilai RM 10,000 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili oleh Puan Syahida Azureen Rusdi, Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Korporat Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Encik Mohd Rizal Sumari, Pengurus, Bahagian Komunikasi Pemasaran, Komunikasi Strategik Bank Simpanan Nasional menyerahkan sumbangan bernilai RM 10,000 untuk hadiah HKM 2022.
Sumbangan bernilai RM 10,000 disampaikan oleh Encik Azmi Yaakop, Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan FGV Holdings Berhad.
Indah Water Konsortium (IWK) menaja sebanyak RM 10,000 dengan penyerahan cek replika yang disampaikan oleh Encik Shahrul Nizam Sulaiman, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat IWK.
Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 10,000 disampaikan oleh Cik Alisha Nur Mohd Noor, Eksekutif Perhubungan Media Lembaga Tabung Haji.
Foto kenangan Puan Nik Surina Suria, Ketua Komunikasi Korporat MBSB Bank Berhad bersama Ahli Jawatankuasa Induk MWM 2023. MBSB Bank menaja sebanyak RM10,000.
Puan Rozita Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Padi Beras Nasional Berhad menyampaikan sumbangan RM10,000.
Tajaan bernilai RM10,000 diserahkan oleh Cik Suzana Ibrahim, Pengurus Jabatan Komunikasi Permodalan Nasional Berhad.
Pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad, Encik Iskandar Dzulkifli menyampaikan cek hantaran bernilai RM 10,000.
Penajaan RM 10,000 disampaikan oleh Puan Haslinda Othman, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Awam Public Bank Berhad.
Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 10,000 disampaikan oleh Puan Aslina Mohd Amin, Eksekutif Kumpulan Komunikasi Korporat Ranhill.
Puan Rosnazura Idrus dari Sime Darby Plantation menyerahkan cek replikan dengan nilai tajaan RM10,000.
Sumbangan tajaan RM 10,000 dari Sunway Group, disampaikan oleh Encik Ernest Chua, Pengurus Komunikasi Korporat.
Top Glove Corporation Berhad yang diwakili Cik Michelle Voon, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, menaja sumbangan sebanyak RM 10,000.
Puan Wan Laila Fatihah Wan Omar Sukri, Ketua Komunikasi Korporat UEM Edgenta Berhad menyerahkan cek replika nilaian RM 10,000.
Wakil Yayasan Albukhary, Encik Sabaruddin menyerahkan cek tajaan RM10,000.
Pengurus Komunikasi Ekuiti Nasional Berhad, Puan Anita Daud Charles menyampaikan sumbangan RM 7,500.
Wakil IOI Properties Group Berhad, Puan Kim Teoh, Pengurus Kanan Kumpulan Komunikasi Korporat menyerahkan cek replika dengan nilai tajaan RM 7,500.
Sumbangan tajaan RM 7,500 diserahkan oleh Puan Natasha Zulkifli, Pengarah Pihak Berkepentingan dan Komunikasi Strategik YTL Construction.
Serahan cek bernilai RM 7,500 oleh wakil organisasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Puan Shukreen Ma, Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAHB.
Prasarana Malaysia Berhad diwakili oleh Encik Adli Abdul Karim, selaku Pemangku, Ketua Jabatan Komunikasi & Hubungan Pihak Berkepentingan Prasarana menyampaikan sumbangan RM 7,500.
Puan Safia Zuleira Datuk Hanifah Noordin, Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik, Datasonic Group Berhad, menyampaikan sumbangan RM 7,500.
Encik Wan Indera Luthfi Wan Abu Bakar, Pengurus Unit Perhubungan Awam Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyampaikan tajaan RM7,500.
Puan Azlin Ramli, Pengurus, Jabatan Komunikasi & Penjenamaan Korporat UEM Sunrise bergambar dengan replika cek tajaan bernilai RM7,500.
Sumbangan tiket penerbangan kepada pemenang ditaja oleh Malaysia Aviation Group disampaikan oleh Pengurus Kanan, Komunikasi Kumpulan, Puan Noraishah Mohammad Shamsudin.
Gambar kenangan bersama para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2023. Terima kasih!