MPI – HRDCorp meneroka peluang kerjasama
18 Ogos, Cyberjaya – Baru-baru ini bertempat di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Wisma HRD Corp Jalan Beringin, Kuala Lumpur berlangsungnya kunjungan hormat antara wakil Malaysian Press Institute (MPI) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
MPI diwakili oleh YBhg Datuk Yong Soo Heong, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI/Mantan Pengurus Besar BERNAMA, YBhg Datuk Mustapha Omar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI/Mantan Ketua Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Puan Norhafiza Kamaludin, Ketua Pentadbiran dan Pengurusan Acara MPI dan Puan Norlida Jamain, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Latihan MPI.
Manakala HRD Corp diwakili oleh YBhg Datuk Shahul Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif HRDCorp, YBhg Dato’ Ariff Farhan Doss, Ketua Pegawai Operasi HRDCorp, Puan Hazrina Azizdin, Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat HRDCorp dan Cik Farah Tan, pegawai kepada Dato’ Ariff.
Tujuan kunjungan hormat diadakan adalah untuk meneroka peluang latihan bersama HRD Corp agar dapat memberi impak positif kepada institusi media dan kewartawanan di Malaysia dan juga kepada MPI secara amnya.
Hasil pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dipersetujui oleh pihak HRD Corp dan mereka bersedia untuk membantu MPI dengan memberi kerjasama antaranya:
MPI perlu berkongsi brosur latihan kursus-kursus yang telah berdaftar dengan HRD Corp untuk pihak HRD Corp meneliti samada brosur yang disediakan oleh MPI sebagai penyedia latihan menepati piawaian yang dikehendaki oleh pihak HRD Corp
Pihak HRD Corp akan berkongsi senarai lebih 100 majikan yang mencarum supaya MPI boleh terus menyebar luas dan mempromosikannya kepada rangkaian pencarum HRD Corp tersebut
Pihak HRD Corp akan memberi perkhidmatan konsultan dalam upaya untuk membantu MPI untuk menjadi penyedia latihan yang cemerlang
Pihak HRD Corp juga akan membantu memberikan maklumat/kaedah bagaimana untuk memohon dana-dana sesuai yang terdapat di HRD Corp untuk dipohon oleh MPI selaku penyedia latihan kepada media dan korporat
Sebelum bersurai, Datuk Yong mengingatkan sekali lagi kepada Datuk Shahul tentang jemputan ke Majlis Penyampaian Sijil Train-the-trainer yang akan diadakan pada 25 Ogos 2022 di Hotel Majestic Kuala Lumpur dan CEO HRD Corp itu juga telah mengesahkan untuk kali kedua bahawa beliau akan hadir.
Rakaman gambar-gambar: