MPI serah kunci premis di Jalan Bukit Ledang

6 April – Jalan Bukit Ledang Kuala Lumpur pastinya memberikan pelbagai kenangan dan memori khususnya buat kakitangan Malaysian Press Institute (MPI). Menduduki premis yang disewa daripada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sejak sembilan tahun, MPI menggunakan sepenuhnya kuarters kerajaan tersebut sebagai pusat operasinya serta penganjuran kursus di kabin latihannya yang juga diletakkan di luar premis berkenaan.

Penyerahan kunci premis oleh pihak MPI disampaikan oleh Encik Yusof Saharin Haron, Penolong Pengurus Akaun dan Pentadbiran kepada Encik Raja Mohd Azhan Raja Abidin, Penolong Jurutera Awam, JKR Wilayah Persekutuan dan disaksikan bersama Encik Ahmad Shamel bin Mohamed, Pembantu Tadbir, Unit Penguatkuasa Seksyen Pengurusan Kuarters, Bahagian Pengurusan Hartanah ; Puan Norlida Jamain, Pengurus Kanan Operasi dan Korporat; dan Encik Azhar, Ketua Pengawal Keselamatan yang dilantik oleh pihak BPH.

Sebelum penyerahan kunci, Encik Raja Azhan, Encik Shamel dan Encik Azhar memantau dan melihat keseluruhan struktur dan keadaan kuarters di dalam mahu pun luar kawasan kuarters sebelum mengesahkan penerimaan semula premis tersebut.

Menurut Encik Raja Azhan, “ini merupakan kuarters yang bersih dan dalam keadaan baik pernah saya saksikan sepanjang penglibatan saya dalam penyerahan semula premis kepada pihak kami”. Hal ini turut disokong oleh Encik Shamel dan Encik Azhar.

Pada pertemuan tersebut MPI turut merakamkan penghargaan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan kelulusan kepada MPI untuk menduduki kuarters kerajaan tersebut , juga kepada Tan Sri Mohd Sidek Hassan, mantan Ketua Setiausaha Negara.

 

Rakaman gambar-gambar:

 

1. Tinjauan pemeriksaan keadaan kuarters di luar dan di dalam dilakukan oleh wakil JKR Wilayah Persekutuan, Encik Raja Mohd Azhan Raja Abidin dan Ketua Pengawal Keselamatan BPH, Encik Azhar sambil ditemani oleh wakil MPI, Encik Yusof Saharin.
2. Keadaan bilik mesyuarat MPI sebelum diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
3. Laluan pintu masuk utama dan tangga menuju tingkat atas kuarters.
4. Keadaan di tingkat atas kuarters yang dibahagikan kepada 4 bahagian menempatkan staf.
5. Di luar kuarters dari kiri bilik stor, surau dan pantry antara kemudahan yang digunakan oleh staf MPI.
6. Setelah pihak JKR berpuas hati dengan keadaan keseluruhan kuarters, wakil MPI – Encik Yusof diminta mengisi Sijil Akuan Keluar Kuarters Kerajaan.
7. Dari kiri – Encik Yusof menyerahkan kunci kuarters Jalan Bukit Ledang kepada Encik Raja Azhan, wakil JKR Wilayah Persekutuan; (tengah) sambil disaksikan oleh Encik Shamel wakil Bahagian Pengurusan Hartanah; Encik Azhar, Ketua Pengawal Keselamatan BPH dan Puan Norlida.
8. Pandangan luar kuarters Jalan Bukit Ledang. Selamat tinggal!