MPI KENALPASTI LATIHAN UNTUK SARAWAK TRIBUNE & SUARA SARAWAK
11 Oktober, Kuching — Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Tuan Haji Ainol Amriz Ismail mengenalpasti beberapa program latihan yang diperlukan oleh Sarawak Tribune dan Suara Sarawak.
“MPI sebagai penyedia latihan melihat perlunya pendedahan agresif dalam media dan teknologi. Bukan hanya satu media memerlukannya, tetapi semua media di negara ini wajar memperlengkapkan sesiapa sahaja untuk menderaskan proses penyaluran maklumat,” katanya dalam pertemuan dengan Suara Sarawak di Kuching, pada Rabu.
Selain itu, melalui permintaan Sarawak Tribune dan Suara Sarawak, MPI juga melaksanakan latihan kandungan digital, media sosial, kursus pemantapan Bahasa Inggeris dan analisis kandungan berita dalam menjadikan pertubuhan media ini mantap, berkesan dan cepat.
Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong bersetuju dengan idea Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tribune dan Suara Sarawak, Datuk Dr. Jeniri Amir untuk mengadakan taklimat Hadiah Kewartawanan Malaysia kepada pengamal media Sarawak pada Disember tahun ini. Taklimat ini dilihat bakal menggalakkan penyertaan lebih tinggi dan berkualiti, serta menjadi pendorong untuk bersaing secara sihat dalam media.
MPI juga berbangga dengan inisiatif yang dilakukan oleh Datuk Jeniri dengan membangunkan latihan dalaman secara beratruktur kepada pelatih yang menjalani latihan industri di sini.
Sepanjang tempoh tersebut, pelatih perlu memenuhi syarat lain antaranya menyediakan tiga laporan berbentuk penulisan berita, wawancara personaliti, ulasan buku, liputan majlis, laporan khas dan lain-lain.
“Kami mensasarkan untuk mempersiapkan pelatih yang memenuhi kehendak industri sebagai wartawan berdisiplin, multitasking, multiksill dan multiplatform”, kata Datuk Jeniri.
Turut menyertai pertemuan Puan Norlida Jamain, Pengurus Besar MPI; Ketua Pengarang Sarawak Tribune, Encik Aden Nagrace; Eksekutif Editor Sarawak Tribune, Encik Harry Henry Julin; Pengurus Kanan Komunikasi, Encik Dorge Rajah; Eksekutif Editor Suara Sarawak, Puan Rohana Wahed dan wartawan muda