MPI latih CEO Sumitomo Mitsui tampil yakin untuk temubual Astro Awani

Malaysian Press Institute (MPI) bukan hanya menyediakan kursus berkaitan dengan media kepada pegawai komunikasi korporat tetapi juga kepada pihak pengurusan tertinggi seperti Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif.

Bertempat di pejabat Sumitomo, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur telah diadakan dengan jayanya kursus bertajuk  Bagaimana untuk Berhadapan Dengan Kamera kepada Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad, Encik Yoshimi Gunji bersama Fasilitator kursus, Puan Yusanani Yushak.

Sesi “one to one” yang diadakan sebanyak tiga (3) hari iaitu pada 19 Jun, 3 Julai & 7 Julai 2017 telah membantu Encik Gunji yang pertama kali berhadapan dengan kamera.

Encik Gunji, yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sumitomo di Malaysia sejak dua (2) tahun lepas telah dijemput oleh Astro AWANI sebagai tetamu jemputan untuk program “Market Talk” pada 13 Julai 2017.

Pihak MPI tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan kepada Encik Gunji sendiri bagaimana perasaan beliau yang buat pertama kalinya akan keudara dan berhadapan dengan kamera di program itu nanti.

Beliau yang merupakan Presiden di syarikat tersebut dengan penuh bersemangat memaklumkan bahawa sebelum mengikuti sesi ini, beliau berasa sangat “nervous” dan risau kerana belum pernah  berhadapan dengan kamera tetapi setelah menghadiri sesi praktikal sebanyak 3 kali, beliau berasa lebih yakin dan telah bersedia untuk berhadapan dengan kamera kelak.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang sesi berlangsung:

 

FaceCameraSumitomo 011. Fasilitator kursus, Puan Nani menerangkan teknik atau tips bila berhadapan dengan kamera semasa sesi teori.

FaceCameraSumitomo 022. Sesi latihan praktikal bermula dimana lampu dan kamera disediakan seolah-olah berada di studio rakaman sebenar.

FaceCameraSumitomo 033. Puan Nani menerangkan cara untuk menjawab soalan dengan postur tangan yang betul kepada Encik Gunji.

FaceCameraSumitomo 044. Encik Gunji telah menunjukkan postur badan dan tangan yang betul berserta senyuman ketika keudara pada sesi praktikal terakhir.

FaceCameraSumitomo 055. Encik Gunji dan Puan Nani bergambar kenangan pada hari terakhir kursus.