Kursus
MPI-Persatuan Wartawan Pulau Pinang kembali bertaut

MPI-Persatuan Wartawan Pulau Pinang kembali bertaut

Pertemuan antara MPI dan sekumpulan wartawan dari Kelab Media Mutiara dan Penang Press Club di Georgetown baru-baru ini memautkan kembali hubungan yang hampir terputus sejak dua dekad lalu. Antara yang hadir ialah dua Naib Presiden dari Penang Press Club iaitu Ang Tong Kai dan Loh Khoon Huat (berdiri belakang, dua dan tiga dari kiri). AJK Penang Press Club (dari kanan); Mikail Ong, Nicky Loh, Chuah Kai Ying dan Wong Chew Liew dan wakil-wakil dari Kelab Media Mutiara (dari kiri); Iqbal, Naim dan Amirul. Manakala MPI diwakili Puan Nuzatul Shima Sulaiman dan En. Munir Anaam, Mantan Ketua, Digital & Multimedia (Editorial), NSTP yang berada di Georgetown untuk suatu program kursus anjuran syarikat Boustead dan MPI.

Untuk rekod, MPI aktif menganjurkan kursus-kursus kewartawanan di zon Utara Semenanjung sekitar tahun 1990an hingga awal 2000 yang kebanyakannya dihadiri pemberita-pemberita luar daerah atau ‘stringers’. Hasil perbincangan dan bertukar pendapat daripada pertemuan ini, kedua-dua pihak berharap hubungan kerjasama ini dapat dijalinkan semula melalui program kursus, anugerah media mahupun aktiviti sosial untuk faedah para wartawan di sana.

Makan malam di Color Port, Pengkalan Weld tidak jauh dari Royale Chulan Penang.