MPI santuni Puan Sri Diah

Wakil Malaysian Press Institute (MPI) iaitu Puan Norhafiza Kamaludin dan Puan Nur Afiqah Rahmat telah datang melawat Puan Sri Diah dan bertanya khabar pada 22 September 2022 di rumah beliau di Shah Alam.

Puan Sri Diah merupakan salah seorang Ahli Majlis Pentadbir MPI sehingga sekarang telah kehilangan suami tersayang pada 4 September 2022 yang lepas akibat stroke.

Sebagai tanda penghargaan, wakil MPI telah hadir untuk menyampaikan sumbangan sebanyak RM500.00 kepada Puan Sri yang disampaikan oleh Puan Fiza, Ketua Pentadbiran & Pengurusan Acara, MPI.

Bagi pihak MPI dan staf MPI ingin menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada Puan Sri dan semua ahli keluarga. Kami berharap Puan Sri sekeluarga bersabar menerima dugaan ini.

Kami mendoakan semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mencucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham suami Puan Sri dan dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Puan Sri tenang ketika menceritakan pengalaman beliau menjaga suaminya yang terlantar sejak 4 tahun lepas
Puan Fiza wakil MPI menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Puan Sri Diah
MPI turut menghadiahkan 2 naskah buku terbaru terbitan MPI sewaktu lawatan tersebut
Tags :