MPI SEDIA KERJASAMA BANTU PROMOSI SIJIL PROFESSIONAL UUM

4 April, Cyberjaya – Kunjungan wakil Pusat Pengajian dan Pengkomputeran, Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Prof. Dr. Huda Haji Ibrahim bersama tiga rakannya iaitu Prof. Madya Dr. Mazni Omar, Prof. Madya Dr. Mazida Ahmad dan Prof. Madya Dr. Bahtiar Mohamad, Pengarah Program MBA yang berpengkalan di UUM Kuala Lumpur hadir ke MPI bagi menyatakan hasrat untuk bekerjasama menjayakan penawaran program Sijil Professional kepada pengamal media tempatan.

Menurut Dr. Huda, “tujuan penawaran program Professional Certificate in SDGs (Sustainable Development Goals) Journalism Reporting & Management ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kemampanan pembangunan di Malaysia menerusi penulisan dan pelaporan yang dihasilkan oleh pengamal media tempatan. Tambahnya, sasaran penyertaaan dikhususkan kepada pengamal media tempatan yang dilihat mempunyai kepentingan dalam menyalurkan berita dan informasi menerusi pelaporan yang sahih.

“Menariknya modul pembelajaran dipecahkan kepada empat komponen untuk ditamatkan dalam tempoh enam (6) bulan dan yuran pengajian boleh dituntut dengan HRDC sekiranya majikan pengamal media tersebut membuat caruman. Ini bermakna yuran pengajian ditanggung sepenuhnya”. jelas Dr. Bahtiar.

Dr. Bahtiar juga mencadangkan tenaga pakar di pihak MPI sebagai penceramah tetapi perlu mengikuti Train of Trainer (TOT) bagi memenuhi kelayakan.

Selain itu, cadangan MPI untuk menawarkan program-program latihan sedia ada dalam bentuk sijil professional dalam jangka masa pendek disambut baik oleh Dr. Bahtiar. Beliau memaklumkan program-program tersebut boleh dilaksanakan di bawah CEED UUM (Corporate Executive Education & Development) dan mengalu-alukan perbincangan lanjut.

Untuk rekod, MPI – UUM pernah bekerjasama pada Julai 2012 melalui program Master of Managerial Communication khusus kepada para pengamal media sehingga kemasukan ketiga. Kini program tersebut masih diteruskan oleh UUM.

MPI – UUM dalam sesi perbincangan pada Jumaat, 1 April lalu.
Prof. Dr. Huda menyampaikan plak cenderahati UUM kepada Datuk Dr. Chamil.
Dari kiri – Puan Fiza, Puan Ida, Prof. Dr. Mazni, Prof. Dr. Mazida, Prof. Dr. Huda, Datuk Dr. Chamil, Prof. Madya Dr. Bahtiar dan Encik Yusof bergambar kenangan selesai perbincangan.