MPI terbitkan buku Panduan Perhubungan Media

Dalam usaha untuk membimbing Pegawai Perhubungan Media & Komunikasi Korporat untuk menjadi jurucakap berkesan di organisasi masing-masing, MPI telah menerbitkan Buku Panduan Perhubungan Media.

Buku bersaiz kecil karangan Dr. T. Selva, mantan wartawan kanan The Star ini memberi tip-tip yang mudah difahami oleh pengamal perhubungan media.

Idea untuk menerbitkan buku ini tercetus hasil dari ceramah beliau di Kuching dan diterbitkan atas permintaan Unit Protokol & Perhubungan Awam Negeri.

Buku setebal 60 mukasurat ini mengandungi 8 topik antaranya: “Getting intimate with the newsroom”, “Establishing a lasting relationship with the media”, “Writing an effective Press Release”, “Handling the media in crisis”, “What is news?”, “Handling Radio Interviews”, “Online news portal” dan “Video and Visual Communication”. 

MPI bercadang untuk menerbitkan buku ini bagi edaran di pasaran tidak lama lagi.