MPI release
MPI teroka kerjasama latihan kewartawanan dengan EU

MPI teroka kerjasama latihan kewartawanan dengan EU

Pada petang 6 September 2022, Malaysian Press Institute (MPI) mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Perwakilan Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas bagi membincangkan penganjuran program latihan bersama.

Secara lebih khusus untuk tempoh yang terdekat ini, MPI memohon Perwakilan Kesatuan Eropah di Malaysia bekerjasama menjayakan kursus Media dan Pilihan Raya untuk memberi pendedahan kepada para wartawan muda yang pertama kali meliputi pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang dijadualkan berlangsung tahun hadapan mengenai proses PRU.

MPI merancang untuk mengadakan tiga kursus serupa itu – di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Kursus di Kuala Lumpur bakal diadakan pada awal bulan Oktober 2022, diikuti di Kuching dan Kota Kinabalu semiggu kemudian.

Turut serta dalam perbincangan yang berlangsung di pejabat Perwakilan Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur ialah Puan Norlida, ketua pembangunan perniagaan dan latihan MPI dan Dr. G Manimaran konsultan latihan MPI.

Hadir sama ialah Encik Norman Goh, pegawai akhbar dan penerangan Delegasi EU ke Malaysia. Terima atas layan baik dan perbincangan yang produktif.

Menghadiahkan buku karangan saya Bisnes Media dan Prinsip Jurnalistik kepada Encik Rokas
Puan Norlida, saya, Encik Rokas dan Dr. G. Manimaran