MPI release
MPI UKAS SETUJU MEDIA PERLU TEKNOLOGI

MPI UKAS SETUJU MEDIA PERLU TEKNOLOGI

9 Oktober, Kuching — MPI dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersetuju bahawa pengamal media perlu melengkapkan dan melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi industri media. Ia dilihat bersesuaian dengan visi Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, yang menumpukan kepada aspek kecemerlangan dan kemahiran berprestasi tinggi.

Sehubungan itu Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz mempelawa UKAS menyertai program latihan bertemakan Artificial Intelligence (AI) yang dijangka diadakan pada Januari tahun depan.

Selain membincangkan tentang kandungan program latihan, Pengarah UKAS, Encik Samuel Simon turut memberi taklimat tentang stuktur dan operasi utama UKAS yang bertindak sebagai media rasmi Kerajaan Sarawak sejak ditubuhkan pada 2018.

Turut menyantuni kedatangan delegasi MPI adalah Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Komuniti, Encik Anwar Hanafi bin Ardimansyah; Ketua Pengarah, Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Nurul Atiqah Abu Hassan; Ketua Penolong Pengarah Seksyen Berita dan Hal Ehwal Awam, Muller Asen; Akauntan, Evylin Simba; Penolong Pengarah, Angeline Lim; Penolong Pengarah, Chong Jui Ni; Penolong Pengarah, Felicia Nomia; Teknikal, Mohamad Zamri Paidin dan Jurukamera, AwgkuHazwan.

Pengarah UKAS, Encik Samuel Simon (tengah) mengetuai perbincangan. Turut sama kelihatan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Komuniti, Encik Anwar Hanafi.
Bersama pengurusan tertinggi dan pegawai UKAS yang menyertai perbincangan sempena kunjungan hormat MPI.