MWM 2018 berlangsung meriah

Malam Wartawan Malaysia 2018 berlangsung meriah di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada 13 Julai 2018. Majlis anjuran MPI untuk menyampaikan anugerah kepada para pemenang HKM MPI PETRONAS 2017 itu telah diserikan oleh kehadiran tetamu kehormat, Menteri Luar Negeri, YB Datuk Saifuddin Abdullah dan isteri Datin Norlin Shamsul Bahri.

Malam tersebut juga akan menjadi kenangan manis bagi Tokoh Wartawan Negara iaitu Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk A. Kadir Jasin dan Datuk Ahmad Rejal Arbee kerana mereka telah diberi penghormatan istimewa untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang HKM 2017.

Selain mereka turut menyampaikan hadiah adalah YB Datuk Saifuddin dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Seramai 700 orang tetamu terdiri daripada para pemimpin media, para pengarang kanan, para wartawan dan sahabat korporat MPI hadir pada malam itu.

Hadirin telah dihiburkan oleh persembahan kumpulan adik beradik dari Melaka, The Siblings Band dengan lagu-lagu rancak dan menghiburkan.

Rakaman gambar-gambar:

  1. Gambar kiri – Datuk Dr. Chamil menyambut ketibaan dan berbual mesra dengan YB Datuk Saifuddin Abdullah sambil menuju ke bilik menunggu.
  1. Gambar kanan – Ahli Jawatankuasa Pelaksana MWM 2018 merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat, YB Menteri Luar Negeri dan isteri. Turut kelihatan YBhg Tan Sri Dato’ Sri Ng Yen Yen, Mantan Menteri Pelancongan (berjaket merah jambu) dan disebelah kiri beliau YBhg Tan Sri Dr. Rais Yatim, Mantan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

 

  1. Pengerusi MWM 2018, Datuk Dr. Chamil Wariya memulakan majlis dengan menyampaikan kata alu-aluannya.

 

  1. YB Datuk Saifuddin Abdullah kelihatan bersahaja menyampaikan ucapan beliau.

 

  1. Segmen pertama penyampaian anugerah disampaikan oleh Tokoh Wartawan Negara 2006, YBhg Tan Sri Zainuddin Maidin dan diiringi oleh Ahli Majlis Pentadbir MPI iaitu YBhg Datuk Zakaria Abd Wahab dan YBhg Dato’ Hj Ibrahim Abdul Rahman.

Gambar 1 : Nor Salim dan Mohd Azam Shah (Harian Metro) menang kategori Infografik Terbaik. 

Gambar 2 : Foo Chern Hwan (The Star) ungguli Desain Halaman Pertama Terbaik 

Gambar 3: Kartun Editorial Terbaik milik Norkamaro Mohd Noor dari Utusan Malaysia. Beliau menang dua tahun berturut-turut.

Gambar 4: Utusan Malaysia menerusi Irwan Majid menang Kewartawanan Foto Cemerlang

 

  1. Encik Brian dan Puan Diana, Ahli Majlis Pentadbir MPI mengiringi Tokoh Wartawan Negara 2011, YBhg Datuk A. Kadir Jasin untuk segmen kedua penyampaian anugerah.

 Gambar 5: Foto Esei Cemerlang milik Mohamad Hafiz Johari, KOSMO! 

Gambar 6: Mohd Zulkifli Zainuddin, Berita Harian rangkul Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – Cetak

Gambar 7: Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – TV milik Tunku Nashrul Tunku Abaidah, TV9

Gambar 8: Mohd Firdaus Ibrahim dari Harian Metro menang Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang.

 

  1. YBhg Datuk Ahmad Rejal Arbee, Tokoh Wartawan Negara 2014 diiringi Ahli Majlis Pentadbir MPI Encik Choo Joon Kian dan Encik Azizi Othman di pentas utama.

Gambar 9: Penulisan Rencana Cemerlang milik bersama Laupa Junus (Utusan Malaysia) yang berkongsi kemenangan dengan Abd Kadir Mohd Ayub (DBP).

Gambar 10: Fauziah Ismail, NST bawa pulang hadiah kategori Penulisan Kolum/ Rencana Pengarang Cemerlang

Gambar 11: TVKOSMO! terima kemenangan kategori Dokumentari Video Terbaik

Gambar 12: Noor Afiza dari InTrend menang Laporan Portal Berita Terbaik.

 

  1. Segmen keempat para pemenang menerima hadiah masing-masing daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, YBhg Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sambil diiringi oleh Encik Mohd Azri Atan dan Tuan Haji Ainol Amriz Ismail.

Gambar 13: Nurul Asiah, Nasional FM lakar kejayaan kategori Laporan Radio Terbaik  

Gambar 14:TV9 menang Berita Video Terbaik menerusi gandingan Mohd Azizi dan Amizam.

Gambar 15: Satu-satunya wakil Pan Borneo menang Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang PETRONAS menerusi hasil tulisan James Sarda dan Mary Chin dari Daily Express.

Gambar 16: Duo mantap dari NST, Farrah Naz dan Aliza Shah menang Kewartawanan Penyiasaran Cemerlang.

 

  1. Dua kategori akhir sebelum kemuncak anugerah disampaikan oleh tetamu kehormat MWM 2018, YB Datuk Saifuddin Abdullah sambil ditemani oleh Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (kiri) dan Datuk Dr. Chamil Wariya (kanan sekali).

Gambar 17: Mohd Abdul Illah Hafiz dari Berita Harian ‘sapu’ kategori Laporan Berita Cemerlang.

Gambar 18 : Anugerah Khas Juri diputuskan menjadi milik bersama Encik Azam Aris (The Edge) dan Encik Francis Chan (Borneo Post).

 

  1. Pelbagai aksi spontan lapan orang wartawan muda dari R.AGE, The Star yang menang Anugerah Kajai, anugerah tertinggi yang dipertandingkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM).

Selain meraikan karyawan dan para tetamu, MPI selaku penganjur turut menyelitkan acara cabutan bertuah yang menyaksikan para tetamu bertuah menerima pelbagai jenis barangan yang ditaja oleh beberapa syarikat korporat.

  1. . Tiga penerima hadiah tertinggi cabutan bertuah menerima hadiah masing-masing dari wakil Sekretariat MPI.

Dari kiri Cik Zurinah Sarwan( DRB-HICOM) bawa pulang Nikon Coolpix W100 tajaan NIKON;  Encik Md Ridza (Lembaga Tabung Haji) bawa pulang hadiah utama berupa telefon bimbit model OPPO F5 dan Cik Suriani Razali (BERNAMA Portal) juga bawa pulang telefon bimbit model Samsung J7Plus, kedua-dua hadiah utama tajaan RHB Bank.