OOGA X, STESEN RADIO PERTAMA DIKUNJUNGI MPI
7 Okt, Cyberjaya — OOGA X Sdn Bhd, stesen radio pertama yang menerima kunjungan hormat MPI yang diketuai oleh Datuk Yong Soo Heong, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, Puan Norlida Jamain, dan Cik Azira Tajuddin pada petang Jumaat lalu. Kehadiran mereka disambut oleh Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif OOGA X, Puan Rita Sim dan Puan Fui K. Soong.
OOGA X memperkenalkan CITYPlus sebagai stesen radio berbahasa Mandarin yang memberi fokus kepada perniagaan dan usahawan melalui bual bicara dan wawancara. Setiap penyampai radio mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti psikologi, bursa saham, dan analisis ekonomi.
Sehingga 15 Mei 2024, CITYPlus telah mencapai hampir 511,869 pendengar dan pengikut di platform FM Radio, Digital Radio, dan media sosial. Dengan frekuensi FM 006.00 MHz, siaran ini dapat diakses di Lembah Klang, Putrajaya, Sepang, Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson, dan Melaka Tengah.
KUPI KUPI FM yang ditubuhkan di Sabah dan Sarawak menyampaikan berita dalam bahasa tempatan secara santai. Penyaluran berita juga dikongsi melalui Telegram dan Facebook rasmi City Plus, INFO X, bagi membantu masyarakat yang mempunyai akses terhad.
MPI juga diperkenalkan kepada Projek Hikayat, agensi Virtual Avatar atau VTuber yang mempromosikan cerita kreatif dan budaya tempatan ke seluruh dunia. Menggunakan kaedah ACG dan 100% tenaga tempatan, projek ini tidak bergantung kepada kecerdasan buatan (AI), menekankan komitmen terhadap warisan budaya Malaysia.