Kursus
Peluang mendengar daripada Pakar berkenaan Perhubungan Awam Digital

Peluang mendengar daripada Pakar berkenaan Perhubungan Awam Digital

Dalam era teknologi yang semakin pesat membangun, Perhubungan Awam yang dahulunya bersifat tradisional kini telah diperluaskan fungsinya melalui platform digital. Berdepan fasa sukar berikutan penularan pandemik COVID-19, Perhubungan Awam Digital dilihat menjadi medium sebaran maklumat terus kepada pelayar alam maya.

Kursus ketiga anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang dibuat secara maya ini bakal diadakan pada 22 – 23 Julai 2021 secara dalam talian. Kursus ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu dalam bidang perhubungan awam digital dan menyedari impaknya dalam dunia pandemik.

Selain itu, ia bertujuan mengubah cara wartawan melihat platform digital sebagai satu medium terbaik dalam menguasai penggunaan maklumat.  Para peserta juga akan dapat berkongsi ilmu yang mungkin tidak mudah untuk diperolehi di tempat lain dalam sesi forum pada hari kedua bersama beberapa panelis jemputan MPI.

Kepada pengamal media, pengamal komunikasi korporat/perhubungan awam/ahli akademik yang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan perhubungan awam digital di samping memanfaatkan input daripada pakar yang dijemput khusus, bolehlah menghubungi Unit Latihan MPI. 

Pendaftaran awal boleh dibuat dengan menggunakan QR code yang tertera diposter atau kunjungi ke pautan ini: https://mpi.my/register-digital-public-relations.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Fiza di talian 012-6691993 atau Puan Miza di talian 017-4875859.

Sila klik di sini!

Program tentatif

Borang pendaftaran