ANUGERAH
Pemenang-pemenang Anugerah Media PERKESO 2021 diraikan sempena Sambutan Jubli EMAS PERKESO

Pemenang-pemenang Anugerah Media PERKESO 2021 diraikan sempena Sambutan Jubli EMAS PERKESO

Pautan penulisan asal : https://www.facebook.com/PERKESO.Official/posts/anugerah-media-perkeso-2021-yang-julung-julung-kali-diadakan-bersempena-sambutan/4982692398410247/

Anugerah Media PERKESO 2021 yang julung-julung kali diadakan bersempena Sambutan Jubli Emas PERKESO tahun ini telah disempurnakan malam tadi. Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) ini dianjurkan dengan matlamat untuk mengangkat dan mengiktiraf hasil-hasil kerja berkualiti para pengamal media dari seluruh negara dalam menyokong dan mengetengah pelbagai usaha dan inisiatif PERKESO serta memberikan pendedahan dan kesedaran terhadap pentingnya pelindungan keselamatan sosial kepada Keluarga Malaysia.

Sebanyak 9 kategori anugerah telah dipertaruhkan termasuk media elektronik, cetak dan digital bagi karya-karya berkaitan PERKESO yang diterbitkan dari 1 Jun 2020 hingga 15 Oktober 2021.

Tahniah kami ucapkan kepada Berita Harian yang muncul penyandang pertama Anugerah Emas PERKESO serta lapan pemenang anugerah yang lain. Tahniah juga kami ucapkan kepada para finalis serta lebih 280 para pengamal media yang telah menghantarkan penyertaan mereka.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua rakan-rakan media dari serata negara yang telah hadir dan memeriahkan Majlis Anugerah pada malam tadi.

Semoga AMP 2021 akan menjadi titik tolak baru dalam mengangkat peranan media dalam membentuk budaya dan pemikiran masyarakat terhadap perlindungan keselamatan sosial di Negara kita.

Senarai penuh penerima Anugerah Media PERKESO 2021

  • Anugerah Fotografi Terbaik
    Pemenang: Lek Kah Meng (Sin Chew Daily)
  • Anugerah Videografi Terbaik
    Pemenang: Abdul Hadi Abdul Kadir (RTM Kedah)
  • Anugerah Wartawan Terbaik (Media Digital)
    Pemenang: Rossapizal Jaraih (E-Hailing FM)
  • Anugerah Wartawan Terbaik (Media Cetak)
    Pemenang: Allison Lai (The Star)
  • Anugerah Wartawan Terbaik (Media Elektronik)
    Pemenang: Juliana Ismail (TV3)
  • Laporan Media Digital Terbaik
    Pemenang: Thiaga Rajan Muthusamy, Vetekumari Vengiteson (Vanakkam Malaysia)
  • Laporan Media Cetak Terbaik
    Pemenang: Fahmy Azril Rosli, Suzalina Halid, Latipah Arifin (Berita Harian)
  • Laporan Media Elektronik Terbaik
    Pemenang: Nailah Ineza Huda (Astro Awani)
  • Anugerah Emas Perkeso
    Pemenang: Berita Harian

#PERKESOprihatin #AMP21