ANUGERAH
Pengumuman pemenang Anugerah Media MSOSH 2020 disiar secara maya

Pengumuman pemenang Anugerah Media MSOSH 2020 disiar secara maya

Pertama kali dalam sejarah upacara pengumuman pemenang Anugerah Media MSOSH anjuran Malaysian Society For Occupational Safety And Health (MSOSH) diadakan secara maya.

Anugerah ini merupakan sebahagian daripada majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH dan telah diadakan secara langsung pada tarikh 26 November 2020, hari Jumaat melalui laman Facebook dan Youtube rasmi MSOSH.

Sebanyak 59 penyertaan daripada 14 organisasi media diterima bagi dua kategori yang dipertandingkan dibawah Anugerah Media MSOSH 2020.

Berikut adalah senarai pemenang bagi dua kategori media:

Pemenang Kategori Media Cetak & Portal Berita

NamaOrganisasiTajukTempat
Erda Khursyiah Binti BasirBERNAMAGelombang ketiga COVID-19 : Apa cerita kesihatan mental pekerja, majikan?1st
RM 3,000.00
Bavani A/P MahalingamThe StarHome renovations hazards2nd
RM 2,000.00
Sakini Binti Mohd SaidBERNAMAPenunggang P-hailing perlu patuh garis panduan keselamatan3rd
RM 1,000.00

Pemenang Kategori Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian

NamaOrganisasiTajukTempat
Muhammad Zhafirin Mohd TahaFINASTangani Stres Di Tempat Kerja1st
RM 3,000.00
Diah Nor Iscahyono Bin Mohd Jaiz MasyhuriBERNAMA TVPanglima Perang Covid-192nd
RM 2,000.00
Wan Zairul Azri Bin Wan Mohammad SudinTV3Pinda segera Akta OSHA 19943rd
RM 1,000.00
Encik Hafiz & Puan Nadiah Aziz pengacara bagi majlis maya Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH atau lebih dikenali MSOSH OSH Award Virtual Ceremony 2020

Video upacara pengumuman pemenang Anugerah Media MSOSH 2020 boleh dilihat pada jam 2 minit 38 melalui pautan-pautan dibawah :

https://www.youtube.com/watch?v=GtSfa5J54vQ&t=2h38m3s

https://www.facebook.com/msosh.org.my/videos/129386445396597/

Anugerah MSOSH ini juga turut memberi pengiktirafan kepada 158 syarikat dan pemain industri; yang mencapai tahap piawai di dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.