Pemetraian Mou UiTM MPI

Malaysian Press Institute (MPI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk berkerjasama dalam bidang penerbitan, penyelidikan dan penganjuran persidangan berkaitan kewartawanan.

Pada majlis pemetraian yang berlangsung pada 10 Disember 2015 di Intekma Resort & Convention Center, Shah Alam itu , UiTM diwakili oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Medianya, Profesor Dr. Azizul Halim Yahya manakala MPI oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Chamil Wariya. Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Profesor Madya Dr. Rahmat Ghazali dan Ahli Majlis Pentadbir MPI, Puan Sri Diah Shaharuddin mewakili organisasi masing-masing sebagai saksi.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI, Profesor Dr. Mohd Safar Hasim, Penasihat Eksekutif Editorial Grup Sinar Karangkraf, , Datuk Abdul Jalil Ali yang juga bekas Naib Pengerusi MPI, Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan (IJS) UiTM, Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli dan para pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM.

Dibawah MoU itu, MPI dan IJS akan merintis kerjasama yang akan membolehkan MPI mengembangkan sayap kegiatannya melampaui fungsi terasnya pada waktu itu sebagai penyedia latihan jangka pendek untuk para wartawan dan pengiktiraf karya-karya kewartawanan melalui Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) dan sebilangan anugerah lain.

Selepas majlis pemetraian MoU, Dr. Chamil  dan Mohd Amirul Akhbar diundang menjadi tetamu Radio UFM UiTM untuk ditemubual oleh Syahrudin Hanib mengenai kerjasama yang bakal dijalin dengan IJS.

Rakaman gambar-gambar:

Dr Azizul HalimDekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Profesor Dr. Azizul Halim Yahya menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Datuk Chamil WariyaDatuk Dr. Chamil Wariya menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Seri Profesor Dr. Shahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM yang memberi kepercayaan hingga termetrai MoU antara MPI dan IJS.

Mohd Amirul Akhbar Mohd ZulkifliTulang belakang kejayaan pemetraian MoU MPI –IJS, Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan (IJS).

tetamu majlis

Turut kelihatan Puan Sri Diah Shaharuddin, Ahli Majlis Pentadbir MPI (paling kanan), Profesor Dr. Mohd Safar Hasim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Profesor Dr. Azizul Halim Yahya, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (berbaju melayu merah), Datuk Abd Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Grup Sinar Karangkraf dan Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Profesor Madya Dr. Rahmat Ghazali.

tandatangan mou

Majlis menandatangani MoU bermula. UiTM diwakili oleh Profesor Dr. Azizul (dua dari kiri), saksi UiTM Profesor Madya Dr. Rahmat Ghazali manakala MPI diwakili oleh Datuk Dr. Chamil Wariya (dua dari kanan) dan Puan Sri Diah Shaharuddin sebagai saksi.

SAHSah!… Pemetraian MoU selesai dan satu lagi pancang tanda MPI telah dinukilkan.

Cenderahati dari UiTMSebagai tanda kerjasama, UiTM memberikan hadiah cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr. Chamil Wariya.

Cenderahati dari MPICenderahati dari MPI, Datuk Dr. Chamil memperkatakan sesuatu kepada Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sambil diperhatikan oleh Puan Sri Diah Saharuddin (kanan sekali) dan Dr. Rahmat Ghazali (kiri sekali).

Wakil-wakilWakil dari MPI dan IJS bergambar kenang-kenangan. Turut kelihatan Felo Kanan Institut Pengajian Kewartawanan, Dr. Siti Zabedah Mohd Shariff (bertudung hitam).

turut bersamaWakil MPI, Puan Norlida Jamain (kiri sekali) bersama Puan Hash Hassan, Pensyarah Komunikasi, Puan Sri Diah Shaharuddin , Dr. Siti Zabedah Mohd Shariff, Felo Kanan Institut Pengajian Kewartawanan dan Puan Wan Admidza Wan Ali, Ahli Institut Pengajian Kewartawanan merangkap Pengurus UFM UiTM (tengah belakang).

Sidang media di IntekmaSidang media bersama RTM selepas tamat majlis MoU.

Radio UFMEncik Syahrudin Hanib, Deejay UFM (berbaju kemeja biru) menemubual Datuk Dr. Chamil bertanyakan dengan lebih mendalam tentang persefahaman MoU yang telah dimetrai pada pagi tadi. Turut kelihatan Encik Mohd Amirul (kanan sekali).