Kursus
PENGACARA PERLU BERINTERAKSI DENGAN AUDIENS UNTUK ELAK SUASANA MAJLIS SURAM

PENGACARA PERLU BERINTERAKSI DENGAN AUDIENS UNTUK ELAK SUASANA MAJLIS SURAM

Disediakan oleh: Shahirah Shukor

Bengkel Pengacaraan Majlis kendalian Datin Yusanani Yushak yang dilaksanakan pada 29 – 30 November 2022 lalu telah dihadiri seramai 10 oleh peserta.

Para peserta tidak hanya difokuskan kepada teori tetapi mereka diberi peluang merasai ‘mood’ sebenar ketika mengacarakan sesuatu majlis melalui latihan praktikal dengan menggunakan peralatan Single Camera Production – SCP.

Seorang pengacara yang bagus adalah disaat beliau mampu berinteraksi serta mendekati audien dan mengexpresikan wajah mengikut suasana majlis itu ketika mengacara. Disamping penyediaan skrip yang tepat, intonasi suara yang perlu sentiasa jelas ketika melontarkan skrip juga pemilihan pakaian yang sesuai dan kemas mempengaruhi kredibiliti seorang pengacara.

Elemen- elemen ini membantu memberi suasana yang lebih ‘energetic’ sewaktu para peserta mengacara majlis.  

Di akhir kursus, kesemua peserta menerima baik komen yang diulas daripada penceramah sewaktu sesi ‘playback’ rakaman ditayang. Ayisy (DagangNexChange Berhad), dilihat antara peserta yang merakam komen penceramah bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

Perkongsian kursus daripada penceramah, Datin Yusanani Yushak
Para peserta tekun mendengar tips-tips dan nasihat daripada penceramah
Syahman (BIMB) dan Reena (DRB-HICOM) ketika menjawab kuiz pada hari pertama
Sorfina (Puncak Niaga) dan Aishah (SPAN) sedang menyiapkan skrip masing-masing untuk sesi latihan praktikal
Suasana ketika Syahman (BIMB), Sorfina (Puncak Niaga) dan Afifi (Puncak Niaga) menjalani latihan praktikal dimana para peserta diminta membaca skrip yang disediakan
Semoga terus maju!

Dari kiri: Sorfina (Puncak Niaga), Reena (DRB-HICOM) Ida Murni (SPAN), Aishah (SPAN), Ayisy (DagangNexChange Berhad), Aliff (LTH), Khafidz (LTH), Afifi (Puncak Niaga) dan Syahman (BIMB)