Kursus
Pengalaman dan Ilmu Tinggi Penceramah sangat dikagumi

Pengalaman dan Ilmu Tinggi Penceramah sangat dikagumi

Program Lensa Ilmu yang dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama
Malaysian Press Institute (MPI) pada 23-24 Oktober 2023 ini telah mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan.

Seramai lebih kurang 35 orang peserta yang terdiri daripada pegawai gred 41 ke atas daripada pelbagai
Jabatan dan Agensi Kerajaan di Malaysia telah menghadiri Kursus Penulisan Teks Ucapan Majlis Rasmi
yang diadakan di INTAN, Bukit Kiara ini.

Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara, YBhg Datuk Dr. Alauddin bin Sidal telah hadir merasmikan
Program Lensa Ilmu: Kursus Penulisan Teks Ucapan Majlis Rasmi ini sebelum sesi bermula.
Dikendalikan oleh YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya sebagai penceramah yang sangat berpengalaman.
Tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang penulisan, penerbitan dan media.

Penganjuran program ini, bertujuan untuk menggilap bakat serta meningkatkan kebolehan dalam aspek
mengemukakan idea bagi penjawat awam. Ini menjadi satu warna yang penting bagi memantapkan
penguasaan penulisan, penggunaan Bahasa Melayu yang betul khasnya bagi urusan dan tujuan rasmi
penulisan teks ucapan tersebut.

Bagi memantapkan lagi skil, peserta diberi tugasan amali mengikut kumpulan masing-masing dengan
merangka ucapan alu-aluan serta ucaptama.

Rata-rata peserta sangat berpuashati kerana banyak ilmu yang sangat bermanfaat untuk dipraktikkan di
masa hadapan. Malah, ada beberapa komen dari peserta yang mengatakan maklumat dan nota dalam
membentuk teks ucapan adalah komprehensif serta ilmu dan pengalaman daripada penceramah yang
sangat luas.

Ucapan perasmian daripada Pengarah INTAN YBhg. Datuk Dr. Alauddin Bin Sidal
Peserta mengajukan soalan kepada penceramah
Latihan diskusi kelas
Penceramah Datuk Dr. Chamil Wariya mengulas perkongsian dengan peserta
Perbincangan peserta melakukan tugasan pembentangan SOI secara berkumpulan
Wakil daripada setiap ahli kumpulan membuat pembentangan tugasan yang diberi
Peserta & Penceramah bergambar kenangan selepas tamat kursus