Kursus
PENGALAMAN HEBAT PENCERAMAH BERI MOTIVASI KEPADA PESERTA

PENGALAMAN HEBAT PENCERAMAH BERI MOTIVASI KEPADA PESERTA

Disediakan oleh: Shahirah Shukor

13 orang peserta yang menghadiri program latihan “Berani Bertanya bersama Datuk Seri Azman Ujang” pada 21 Februari yang lalu mengakui pengalaman hebat beliau memberikan motivasi kepada mereka untuk menjadi lebih berani demi mendapatkan maklumat, pencerahan atau mengajukan pelbagai soalan ketika menghadiri sidang media atau temubual eksklusif bersama pemimpin Kerajaan, pegawai-pegawai kanan Kerajaan, Ketua-Ketua Korporat dan sebagainya.

Pelbagai rahsia dan tips dikongsikan oleh Datuk Seri Azman selain menjawab pelbagai persoalan yang diajukan kepadanya berkait tentang isu-isu dan kekangan yang dihadapi oleh media.

Beliau kerap menekankan tentang aspek ketepatan masa yang perlu ada dalam diri wartawan, keperluan menjadi seorang yang luar biasa untuk peningkatan kerjaya selain keupayaan menghasilkan laporan yang memberi manfaat kepada khalayak juga lontaran idea-idea yang dimajukan didalam laporan mendapat perhatian pelbagai pihak berkepentingan untuk penambahbaikan.

Program sehari anjuran MPI ini diadakan secara hibrid dari Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

1. Datuk Seri Azman Ujang dikenali dalam industri kewartawanan Malaysia sebagai seorang yang lantang ketika berbicara berkongsi pengalaman beliau kepada para peserta.
2. Gambar atas dan bawah: Suasana di bilik latihan MPI ketika para peserta fizikal dan atas talian menghadiri kursus Berani Bertanya
3. Zaidy (JAPEN) dan Previnna (BERNAMA TV) fokus mendengar perkongsian daripada penceramah
4. Semoga terus unggul dalam memacu kecemerlangan kerjaya masing-masing.