
Pengamal Media diingatkan berhati-hati apabila melaporkan isu pengganas
Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) menganjurkan satu bengkel untuk pengamal media di Sabah dan Sarawak yang bertajuk “Workshop on Role of Media in Covering Violent Extremism (CVE) & Radicalization Leading to Terrorism” pada 25 – 27 Jun 2019 di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu Sabah.
Bengkel telah dihadiri seramai 28 orang wartawan mewakili 19 pertubuhan berita dari seluruh negara temasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), New Straits Times, Harian Metro, Berita Harian, TV3, TV Alhijrah, Astro Awani, Online Utusan Malaysia, Utusan Borneo, The Borneo Post, Jabatan Penerangan Sabah, The New Sabah Times, Sabah News Today, RTM Sabah & KL, Daily Express, Majalah Perajurit, Asian Defence Journal, Malaysia World News & Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS).
Bengkel ini merupakan susulan daripada program yang pertama dan kedua dibuat khusus untuk media di Semenanjung yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Melaka dan Kota Bharu, Kelantan pada tahun lepas. Ia diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada wartawan Malaysia mengenai peranan media dalam membuat liputan/pemberitaan mengenai keganasan serta kesannya terhadap masyarakat.
Bengkel selama 2 ½ hari ini telah menghimpunkan beberapa penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk berkongsi bersama para media antaranya dari Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, SEARCCT, IIUM, UKM, beberapa wartawan terkenal dan juga penceramah dari Amerika Syarikat, Prof Janet Steele.
Kursus diakhiri dengan Majlis Penutupan dan Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta pada petangnya sebelum ke Majlis resepsi pada sebelah malamnya bersempena dengan “243rd Anniversary of the Independence of the United States of America” oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir.
Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sekitar dua setengah hari berkursus:
Ambassador Khairi Omar, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) memulakan sesi dengan memberi Pengenalan mengenai Counter-Violent Extremism (CVE). Riak muka para peserta yang bersungguh mendengar ceramah yang sangat menarik disampaikan oleh penceramah dari PDRM dibengkel tersebut. Perkongsian yang sangat menarik disampaikan oleh Encik Thomas Koruth Samuel, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik & Digital SEARCCT (kiri) dan Encik Danial Mohd Yusof, Penganalisis Terorisme, UIAM (kanan) dengan tajuk Apa Lagi Pengganas Mahu? Peserta dari Malaysia World News, Puan Norila Mohd Daud (bertudung hijau) bertanyakan soalan kepada penceramah sambil diperhatikan oleh YBhg. Datuk Dr Chamil Wariya selaku moderator di kursus tersebut. Mr. Bradley Hurst, Kaunselor Hal Ehwal Awam, Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur (dua dari kanan) beramah mesra bersama Datuk Dr Chamil (kiri), Prof Janet Steele (dua dari kiri) dan Encik Thomas (kanan sekali) selepas beliau menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis makan malam bersama media. Para peserta bersantai dan bergelak ketawa sambil menjamu selera pada majlis makan malam bersama media. DSP Rayner bin Jaunis, Pegawai Turus CBRNE, Unit Persenjataan PDRM Bukit Aman memberi taklimat berkenaan bom kepada peserta semasa lawatan ke Lapang Sasar PDRM Lok Kawi. Peserta melihat dengan lebih dekat berkenaan jenis-jenis bom dan peralatan yang digunakan oleh PDRM dalam memusahkan bom tersebut semasa sesi lawatan. Peserta bergambar kumpulan bersama para pegawai polis di Lapang Sasar Lok Kawi selepas tamat sesi lawatan pada pagi Rabu. Wartawan dari Utusan Borneo Tawau, Encik Amir Anuar yang banyak bertanyakan soalan kepada penceramah dalam sesi Q & A. Prof Janet Steele, penceramah jemputan dari Kedutaan Amerika Syarikat, KL berkongsi tips-tips menarik dalam Penulisan Berita Naratif berkenaan CVE bersama para peserta. Encik Wan Abdul Rahman Wan Yaman, Penolong Pesuruhjaya Penjara, Jabatan Penjara Malaysia (tengah) menerima cenderahati daripada ASP Firman Adi Rahmana dari SEARCCT dan bergambar bersama Datuk Dr. Chamil. Forum berkenaan CVE dari Perspektif Media, Akademik dan Jabatan Peguam Negara telah disampaikan oleh 3 panel iaitu Encik Zam Yusa, Wartawan Keselamatan Serantau, KK (kiri), Prof Madya Dr Mohd Hizam Hanafiah, Pensyarah dari UKM (tengah) dan Encik Aaron Abhilash Paul Chelliah, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara (kanan). Encik Zan Azlee, bekas wartawan, pembuat filem dokumentari dan penulis FAT BIDIN MEDIA menayangkan multimedia dokumentari bertajuk “Road to Radicalization” sebelum berakhirnya kursus pada petang Khamis. Kursus diakhiri dengan bertukar cenderahati oleh Datuk Dr Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif, MPI kepada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir sambil diperhatikan oleh Ambassador Khairi Omar dari SEARCCT. Para peserta bergambar kumpulan bersama Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir (tengah), penceramah kursus, wakil SEARCCT, wakil Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur sebelum ke Majlis Resepsi. Para peserta mengambil kesempatan bergambar bersama Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir (tengah) sebaik kursus berakhir.