Pengambilan kedua program Master UUM-MPI kini dibuka

Permohonan bagi Pengambilan Kedua Pelajar program pengajian separuh masa Master of Science (Managerial Communication) anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Malaysian Press Institute (MPI) di Kampus UUM Kuala Lumpur kini dibuka sehingga 15 Disember 2012.

Pengambilan ini adalah bagi Semester Kedua yang akan bermula pada 12 Januari 2013 hingga pertengahan Mac 2013.  Ia dibuka kepada para wartawan/pengamal media yang berminat dan mempunyai ijazah sarjana muda dalam mana-mana disiplin dan berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun; atau mempunyai diploma dalam mana-mana disiplin serta berpengalaman sekurang-kurangnya lapan tahun.

Sekiranya bilangan calon mencukupi, mereka akan menjadi kumpulan kedua menyertai program pengajian UUM-MPI ini, mengikuti jejak kumpulan perintis yang kini sedang membuat persiapan menghadapi peperiksaan sebelum Semester 1 berakhir pada pertengahan Disember ini.

Kumpulan perintis terdiri daripada 11 pelajar, tujuh daripadanya ialah wartawan iaitu : Azrul Amila Amir (RTM), Latipah Ramji (RTM), Muhammad Izawan Baharin (Harian Metro), Murni Wan Omar (Berita Harian), Siti Athirah Dzulkifly (Utusan Malaysia), Ainul Asniera Ahsan (Utusan Malaysia) dan Arman Ahmad (New Straits Times).  Selain mereka, empat pelajar lagi ialah pengamal-pengamal media dari badan kerajaan, syarikat korporat dan institusi pengajian swasta.

Pada semester pertama ini, kumpulan tersebut mengambil dua subjek teras iaitu Managerial Communication dan Advanced Communication Theory dan satu lagi subjek komponen iaitu Perspective of Human Communication in Organization. Program ini mengambil masa satu setengah tahun dan mereka dijangka tamat pengajian pada penghujung Disember 2013.

Program sarjana ini adalah di bawah seliaan Dr. Rosli Mohammed, Ketua Jabatan Komunikasi, Kolej Kesusasteraan dan Sains, UUM. Tenaga pengajar terdiri daripada Dr. Rosli sendiri dan pensyarah-pensyarah kanan di jabatan sama.

Para wartawan/pengamal media yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan yang boleh diperolehi dari laman web MPI sebelum 15 Disember 2012. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Maimunah Abd. Rashid di talian 03-20952013/2014.

1. Pelajar perintis program Master of Science (Managerial Communication) MPI-UUMKL 2012/12013 – berdiri dari kiri : Latipah Ramji (RTM), Anusha Karuppiaya (Bandaraya Developments Berhad), Siti Athirah Dzulkifly (Utusan Malaysia), Nuzatul Shima Sulaiman (Malaysian Press Institute), Ainul Asniera Ahsan (Utusan Malaysia), Murni Wan Omar (Berita Harian) dan Naimah Salleh (Kolej SAITO). Duduk dari kiri : Arman Ahmad (New Straits Times), Dr. Rosli Mohammed, Pensyarah & Ketua Jabatan Komunikasi, Kolej Kesusasteraan dan Sains, En. Azhar Kassim, Pensyarah/Pengarah Unit Komunikasi Korporat UUM, Muhammad Izawan Baharin (Harian Metro) dan Ahmad Fauzi Mustafa (PARLIMEN Malaysia). Tiada di dalam gambar – Azrul Amila Amir (RTM) yang sedang membuat tugasan liputan di Jerman ketika ini.

2. Pelajar sedang menumpukan perhatian ketika di dalam kelas

3. Pelajar ketika sesi pembentangan kertas kerja

Tekan sini untuk power point program.

Tekan sini untuk syarat kemasukan.

Tekan sini untuk borang permohonan.