Pengerusi MK Land rai Pemegang Amanah MPI

Pengerusi MK Land, Tan Sri Datuk (Dr) Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar mengundang Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI pada 6 September yang lalu untuk makan tengah hari sebagai tanda penghargaan beliau kepada MPI kerana membeli dua ruang unit pejabat di Radius Cyberjaya.

Istimewanya pada pertemuan tersebut, Tan Sri Mustapha memaklumkan jamuan makan tengah hari dimasak sendiri oleh isterinya Puan Sri Hajah Wan Nong Wan Ibrahim.

MPI diketuai oleh Datuk Dr. Chamil Wariya disertai oleh Datuk Mustapa Omar, Datuk Yong Soo Heong, Profesor Dr. Mohd Safar Hasim dan Puan Norlida Jamain. Manakala pihak MK Land yang turut menyertai ialah Puan Mazrita Mazlan, Ketua Pegawai Operasi; Encik Mohd Rohan Abd Manap, Penolong Pengurus Besar dan Puan Yani Sapawi, Pengarah Jualan.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Tan Sri Mustapha juga mengingatkan untuk menghargai setiap peluang dan nikmat yang diberikan dalam kehidupan menerusi perkongsian kisah kehidupan beliau. Selain turut menceritakan pembangunan yang sedang dan bakal dibangunkan oleh MK Land. Antaranya projek perumahan mampu milik yang berharga antara RM250 sehingga RM400 ribu ringgit bakal diserahkan kunci kepada pemilik masing-masing pada November ini.

Menurut Datuk Chamil “beliau dan rakan-rakan MPI berbesar hati untuk menerima kunjungan peribadi Tan Sri Mustpha Kamal yang juga merupakan ikon hartanah dan antara tokoh perniagaan Bumiputera yang berjaya di Malaysia”.

Sedikit makluman, pada awal tahun 2017, setelah pembelian ruang pejabat MPI dimuktamadkan di Radius, MPI telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Pengerusi MK Land namun tidak dapat dipenuhi tetapi majlis tersebut diwakili oleh Tuan Haji Ahmad Khalif, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MK Land pada 16 Februari yang lalu.

Rakaman gambar-gambar :

Sept 12 Pengerusi MK Land 01