Penghakiman HKM 2011 bermula

Debaran untuk mengetahui siapakah para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2011 yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM300,000.00 tajaan PETRONAS sudahpun bermula.

Datuk Chamil Wariya menyampaikan taklimat kepada panel hakim HKM 2011 di pejabat MPI pada 18 Januari 2012. Hadir pada majlis itu ialah: Hamzah Sidek, Prof. Dr. S. Kumaran, Dr. Rahmat Ghazali,  Dr. Fan, Encik Chong, Datuk Rejal Arbee dan Prof. Dr. Kanthasamy.