Kursus
PENGUASAAN MEDIA SOSIAL MERUPAKAN KUASA TARIKAN UNTUK DAPAT PERHATIAN

PENGUASAAN MEDIA SOSIAL MERUPAKAN KUASA TARIKAN UNTUK DAPAT PERHATIAN

Disediakan oleh : Shahirah Shukor

Berlangsung pada 10 – 11 Ogos 2022 yang lalu, Malaysian Press Institute (MPI) telah menampilkan Encik Hilal Azmi, Ketua Inisiatif Belia & Media Sosial Astro Awani sebagai penceramah bengkel ‘Media Sosial 101: Asas Pembangunan Kandungan Media Sosial’.

Kursus selama dua hari ini telah berjaya membantu para peserta tentang kepentingan pemilihan platform media sosial yang tepat dan kesesuaiannya dalam menarik perhatian audiens atau kelompok yang disasarkan. Ia akan mempengaruhi penerbitan berita atau posting mendapat kadar viewer yang tinggi dan turut dibantu dengan penggunaan tajuk yang ‘tricky’.

Untuk mempastikan para peserta memahami perkongsian teori yang disampaikan oleh penceramah, aktiviti latihan praktikal dimanfaatkan bagi memperlihatkan pemahaman dan kemahiran dalam menggunakan pelbagai medium media sosial. Para peserta hanya menggunakan telefon pintar masing-masing untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan secara berkumpulan.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 23 orang peserta antaranya Alam Flora, Langkawi Development Authority (LADA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), New Straits Times Press (NSTP) dan DRB-HICOM.

Selang dua hari selepas berakhirnya bengkel ini, MPI menerima komen segar daripada salah seorang peserta iaitu Encik Firdaus (LADA) memaklumkan bahawa beliau telah mempraktikkan teknik-teknik yang diajar oleh penceramah untuk mempromosikan aktiviti melalui platform media sosial syarikatnya. Apa yang membuatkan beliau teruja apabila Selebriti Malaysia, Alif Satar memberikan komen terhadap posting tersebut. Ini membuktikan bahawa posting tersebut berjaya dengan mendapat tarikan komersial.

1. Encik Hilal Azmi (Astro Awani) selaku penceramah yang mengendalikan kursus selama dua hari ini.

2. Kanan : Farizan (Alam Flora) menerangkan tentang artikel yang dipilih kepada ahli kumpulan sewaktu sesi latihan pada hari pertama kursus

3. Reaksi para peserta ketika sesi pembelajaran aplikasi media sosial yang dijalankan dengan menggunakan telefon pintar.

4. Encik Hilal menerangkan dan membantu para peserta yang mempunyai kesukaran ketika aktiviti dilakukan.

5. Gambar atas dan bawah : Norlizam (NSTP) dan Aishah (SPAN) mewakili kumpulan mereka membentangkan tugasan yang dibuat.

7. Sesi bergambar kenangan para peserta bersama penceramah sebagai penamat kursus!