Kursus
Pengurusan kanan CIDB hargai kursus jurucakap media MPI

Pengurusan kanan CIDB hargai kursus jurucakap media MPI

3 Ogos 2023: Kumpulan kedua seramai 21 orang anggota pengurusan kanan CIDB yang mengikuti program latihan jurucakap media anjuran MPI menamatkan kursus mereka hari ini.

Mereka terdiri daripada para pengurus besar, ketua pegawai eksekutif anak-anak syarikat dan sebahagian lagi para pengarah negeri CIDB.

Mereka dibimbing oleh Yusanani Yushak, mantan penyampai berita TV3 dan pernah berkhidmat sebagai perunding persembahan dengan Kementerian Penerangan.

Yusanani juga adalah seorang HRD Corp Accredited Trainer kelahiran MPI.

Sepanjang menjalani kursus dua hari itu mereka telah diberi pendedahan mengenai selok untuk tampil berwibawa apabila mengadakan persidangan media dan sewaktu menjadi tetamu program bual bicara TV.

Mereka juga telah menjalani latihan amali mengadakan persidangan media dan diwawancara dalam program bual bicara Santai Bersama CIDB.

Pengerusi MPI Datuk Dr. Chamil Wariya bertindak sebagai pengacara.

Majlis ditutup dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Chamil.

Rata-rata para peserta yang ditemui memberitahu mereka mendapat manfaat untuk menjadi jurucakap CIDB yang berwibawa apabila berhadapan dengan media.