PENGURUSAN TERTINGGI BANK RAKYAT ASAH KEMAHIRAN BERDEPAN KAMERA DAN MEDIA

Pada 9 April 2021 telah berlangsungnya Kursus Media untuk Pengurusan Tertinggi Bank Rakyat bertempat di Balai Tan Sri Sheikh Ahmad, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat. Kursus selama satu hari itu telah memuatkan dua sesi iaitu sesi pertama berkaitan pengurusan media dan sesi kedua mempelajari teknik berhadapan dengan kamera.

Seramai lima (5) individu terpenting Bank Rakyat telah turun padang untuk menyertai kursus ini antaranya ialah Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Datuk Hj Abd Rani Lebai Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan, YBhg. Dr. Mohammad Hanis Osman, Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan, Encik Mohamad Shiblie Abg Sapuan, Ketua Perbankan Konsumer, Encik Fatayal Anshori Abdussyukur, dan Ketua Pematuhan Syariah, YBhg. Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak.

Sesi pertama dikendalikan oleh Encik Rozaid Abdul Rahman, Ketua Pengarang merangkap Ketua Pegawai Pengisian Sinar Harian yang lebih menjurus kepada kaedah-kaedah membina hubungan baik antara media dan organisasi Bank Rakyat. Penceramah banyak menumpukan kepada teknik pengurusan media dan wartawan yang lebih berkesan kepada semua peserta bagi mengelakkan timbulnya masalah di antara media/wartawan dengan pengurusan Bank Rakyat.

Encik Rozaid turut berkongsi pengalaman beliau selama 36 tahun berkhidmat dengan media dan peserta seronok mendengar perkongsian beliau disamping dapat menyerap tips-tips berguna yang boleh dipraktikkan apabila berhadapan dengan media tidak kiralah sewaktu sesi temubual atau sidang media.

Sesi kedua diteruskan dengan menumpukan kepada teknik berhadapan dengan kamera yang telah dikendalikan secara profesional oleh mantan wartawan siaran berpengalaman iaitu Yusanani Yushak.

Sesi Yusanani lebih bertumpu kepada teknik dan kaedah yang betul apabila berhadapan dengan kamera yang menjadi perkara penting kepada pengurusan tertinggi sesuatu organisasi korporat.

Melalui sesi ini para peserta telah didedahkan dengan teknik dan panduan untuk bercakap, bahasa badan dan menghadap kamera yang lebih berkesan serta berkredibiliti semasa sesi sidang media dan pelaporan media di lokasi.

Bagi menyediakan pengurusan tertinggi Bank Rakyat dengan kemahiran berhadapan dengan kamera yang profesional, mereka turut menjalani sesi simulasi latihan bagi menambahbaik kemahiran sebagai persiapan sekiranya diperlukan untuk menjadi jurucakap organisasi masing-masing.

Para peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi kursus berlangsung dengan memberi sepenuh perhatian kepada sesi perkongsian dan simulasi latihan dari kedua-dua penceramah berpengalaman.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

1. Para peserta bersedia untuk memulakan sesi kursus.
2. Encik Rozaid Abdul Rahman menyampaikan sesi beliau.
3. Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Datuk Abd Rani Lebai Jaafar mengajukan soalan kepada Penceramah.
4. Sesi kedua bermula dengan perkongsian teori berhadapan dengan kamera oleh Penceramah, Yusanani Yushak.
5. Simulasi latihan sidang media oleh peserta sambil diperhatikan oleh Yusanani.
6. Rangkuman gambar-gambar semasa sesi temubual olok-olok.
7. Para peserta bergambar bersama Penceramah di luar dewan.