Kursus
PENULIS BERKREDIBILITI HASILKAN PENULISAN YANG DIYAKINI UMUM

PENULIS BERKREDIBILITI HASILKAN PENULISAN YANG DIYAKINI UMUM

Disediakan oleh: Nurshahira Sharum

“Penghasilan Penulisan kreatif perlu digarap dengan Bahasa yang segar, ayat yang indah, menarik dan mudah difahami” – itulah teknik yang diajar oleh Puan Salina ketika Bengkel Penulisan Rencana Kreatif.

Seramai tujuh orang peserta dari PETRONAS, RISDA, Jabatan Penerangan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MPI telah mengikuti bengkel ini pada 27 dan 28 September 2022.

Selama 2 hari pelaksanaan bengkel, para peserta didedahkan dengan pelbagai tip, panduan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan penulisan kreatif agar maklumat yang ingin disampaikan dapat menarik minat pembaca dan mudah difahami oleh umum.

Selain itu, para peserta telah diberikan beberapa tugasan secara individu dengan menghasilkan penulisan yang kreatif. Tujuan penghasilan tersebut adalah untuk mengenalpasti dan memperbaiki cara penulisan yang dihasilkan oleh para peserta.

Secara keseluruhannya, para peserta memberikan maklum balas positif dan mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menghasilkan penulisan yang bermutu tinggi.

Puan Salina Abdullah memulakan sesi pertama dengan memberikan kefahaman tentang kepentingan, persiapan dan persediaan awal yang perlu dititikberatkan oleh peserta.

Encik Mahfuz dari JAPEN dan Puan Saadah dari RISDA menunjukkan aksi “cheers” yang perlu direka oleh setiap peserta ketika sesi mengenali antara satu sama lain.
 
Salah seorang peserta bengkel, Puan Nawal dari PETRONAS membuat perkongsian berkenaan dengan profil diri dan pengalaman dalam menghasilkan penulisan.
Para peserta tekun mendengar penjelasan yang disampaikan oleh penceramah.
Peserta dari JAPEN, Encik Mazizul menyampaikan hasil penulisan “Aku sebatang pen” dengan penuh penghayatan ketika sesi latihan yang telah diberikan oleh penceramah.
Puan Saadah dari RISDA, membacakan petikan artikel yang dihasilkan ketika sesi latihan dua yang telah diberikan oleh penceramah.
Peserta dari JAPEN dihadiahkan dengan senaskah buku kerana telah mendapat undian tertinggi dalam menghasilkan penulisan “Aku sebatang pen”.
Penceramah menghadiahkan cenderahati kepada setiap peserta yang menyertai Bengkel.
Para peserta merakamkan gambar kenangan bersama penceramah sebelum bersurai.