Kursus
PENULIS TEKS UCAPAN WAJAR DIJADIKAN SEBAGAI JAWATAN PROFESIONAL

PENULIS TEKS UCAPAN WAJAR DIJADIKAN SEBAGAI JAWATAN PROFESIONAL

Seorang penulis teks ucapan perlulah memastikan bahawa teks ucapan yang dihasilkan disampaikan dengan niat membantu penyampai tampil berperwatakan menarik, berkredibiliti dan mampu membuatkan audiens kekal penuh minat mendengar sehingga tamat berucap.

Teks ucapan perlulah cukup rencah yang memberikan ‘perfect action’ dan bersesuaian dengan tema majlis. Penulis teks ucapan perlu membuat pelbagai kajian terutama melibatkan gaya, imej dan karakter penyampai. Selain mengambil berat tentang siapa audiens yang hadir dan matlamat majlis diadakan.

Sebagai tenaga pengajar, Puan Romaiza Ab Rahman yang menggelar dirinya sebagai Mija mencadangkan kepada peserta boleh memilih meletakkan elemen isu – solusi – impak atau impak – isu – solusi yang dikaitkan di dalam situasi semasa. Beliau juga menasihatkan ayat yang dibuat tidak terlalu panjang, mengenalpasti penggunaan ayat aktif dan ayat pasif yang memberikan maksud yang berbeza jika tersalah menggunakannya.

Kursus “The Art and Craft of Speech Writing” telah dilaksanakan pada 26 hingga 28 Julai lalu dihadiri oleh lima orang peserta daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA), DRB-Hicom Berhad dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Para peserta bersetuju kelompok yang kecil memberikan mereka satu keselesaan dan membuang sikap ragu-ragu semasa sesi perbincangan, bertukar-tukar idea, pernyataan masalah yang dihadapi oleh mereka di tambah dengan kepakaran Puan Mija sebagai tenaga pengajar memberikan mereka persepsi baharu tentang kerjaya penulis teks ucapan.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Tiga hari yang penuh bermanfaat buat para peserta yang hadir.
Setiap peserta diminta bertukar dan membaca teks ucapan yang disediakan oleh rakan-rakan mereka. Sesi perbincangan terus diadakan bagi mendapatkan komen dan input penambahbaikan.
Dua peserta dari Sarawak – Fekriah (kiri) ditugaskan menulis teks ucapan dalam Bahasa Inggeris manakala Fenny (kanan) menulis teks ucapan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Iban.
Puan Mija, Certified Trainer HRD Corp yang juga merupakan penulis profesional.
Walau kumpulan kecil, tapi impak menghadiri kursus yang diterima oleh para peserta sangat berbaloi. Terus sukses!