Kursus
“PENULISAN PERLU ADA JIWA” – DR. G. MANIMARAN

“PENULISAN PERLU ADA JIWA” – DR. G. MANIMARAN

Menghasilkan karya penulisan, tidak kiralah berbentuk artikel, rencana, pelaporan atau teks ucapan, penulis perlu menterjemahkan hasil penulisan dengan penuh bermakna dan berkesan kepada pembaca.

Selaku tenaga pengajar bagi Bengkel Penulisan Profesional Lanjutan: Optimumkan Sumber dan Memperkasa Skil yang telah diadakan pada 29 hingga 30 Januari 2024 di MPI Cyberjaya, Dr. G. Manimaran telah berkongsi pelbagai tips dan teknik penulisan yang berkesan kepada 17 orang peserta yang terdiri daripada pengamal media, pengamal komunikasi korporat dan juga Pegawai Penerangan daripada JAPEN.

Dalam masa dua hari, para peserta telah dihidangkan dengan kemahiran menulis, penggunaan gaya bahasa yang baik dan contoh-contoh artikel untuk mengasah teknik dan kemahiran menulis mereka. Penerangan dari penceramah juga memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman kepada para peserta bagi memantapkan kemahiran menulis mereka dalam tugasan seharian.

Semua peserta berpuas hati dengan cara penyampaian Dr. G. Manimaran yang disifatkan berpengalaman luas dalam bidang penulisan. Para peserta turut menyatakan minat untuk menyertai bengkel seumpama ini pada masa akan datang.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

1. Dr. G. Manimaran, selaku tenaga pengajar bagi bengkel penulisan anjuran MPI.
2. Para peserta tekun menuntut ilmu pada sesi bengkel.
3. Sesi perbincangan bersama peserta, Mohd Hafiz Isa dari Jabatan Penerangan Malaysia.
4. Sesi soal jawab bersama peserta.
5. Cik Faezah dari UMS memberi pandangan beliau pada sesi perbincangan.
6. Para peserta bergambar bersama sijil penyertaan masing-masing selepas tamat bengkel. Terima kasih semua!