PERBANYAKKAN BACAAN BANTU HASILKAN PENULISAN RENCANA & NARATIF BERKESAN – DR. JENIRI AMIR

“Perbanyakkan bahan bacaan sehari” – Itu adalah mukadimah yang disampaikan oleh YBhg Prof. Dr. Jeniri Amir sebelum memulakan kursus penulisan rencana dan naratif berkesan kepada 21 orang peserta yang mengikutinya.

Kursus selama dua hari bertempat di Zara’s Boutique Hotel ini mensasarkan penyertaan dalam kalangan wartawan Sabah khususnya bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman mengenai teknik penulisan rencana yang tepat dan berkesan.

Latihan praktikal dititikberatkan oleh penceramah dalam mempastikan keberkesanan penyampaian informasi untuk diaplikasikan para peserta dalam penulisan rencana. Para peserta juga diminta menemuramah orang ramai di sekitar kawasan Hotel sebagai testimoni dalam melengkapkan penulisan rencana tersebut mengikut tema yang diberikan. Penceramah juga menilai setiap hasil penulisan dan ini menjadikan para peserta lebih bersemangat kerana mengetahui kelemahan dan kelebihan dalam penulisan yang boleh diperbaiki dan ditingkatkan lagi mutu penulisan masing-masing.

Di akhir kursus, para peserta diminta melakarkan kesemua input yang telah dipelajari dan dibincangkan mengikut satu kerangka yang telah ditetapkan sebagai rumusan teknik-teknik penulisan rencana berkesan yang telah dikongsikan oleh penceramah sepanjang kursus berlangsung.

nov10-jeniri-1

  1. Jeniri Amir( kiri) bertanyakan sesuatu kepada peserta semasa sesi suai kenal.

nov10-jeniri-2

  1. Antara gelagat peserta yang memanfaatkan sepenuhnya penyertaan kursus dua hari

 nov10-jeniri-3

  1. Masing-masing khusyuk dan fokus dengan penyampaian penceramah