Featured
PERKONGSIAN BERHARGA ANTARA PESERTA DAN PENCERAMAH

PERKONGSIAN BERHARGA ANTARA PESERTA DAN PENCERAMAH

Malaysian Press Institute (MPI) melaksanakan kursus hibrid pertama untuk tahun ini dengan penganjuran “Bengkel Media Handling Techniques” yang disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi Google Meet dan Google Classroom pada 7 – 8 April 2021 dari MPI Cyberjaya melalui kaedah bersemuka (fizikal) dan secara atas talian (maya).

Seramai 10 peserta terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam, Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Penerangan dan Pembantu Penerangan telah menghadirinya secara bersemuka dari Bilik Latihan MPI di Cyberjaya manakala 16 peserta yang dianggotai oleh Jabatan Penerangan Malaysia, PETRONAS dan Sabah Tourism Board telah mengikutinya dari pejabat dan di rumah masing-masing secara virtual (maya).

Kursus yang dikendalikan oleh penceramah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang sangat luas iaitu Rozaid Abdul Rahman yang merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian/Ketua Pegawai Pengisian Sinar Harian telah berkongsi pelbagai teknik dan strategi selaras dengan keperluan semasa.

Antara topik menarik yang dapat dikongsikan bersama para peserta adalah cara-cara pengendalian media dengan lebih berkesan, cara penulisan informasi kepada media, ilmu-ilmu mengenai kawalan media dan cara-cara komunikasi berkesan dengan pihak media.

Secara keseluruhannya kursus dua hari yang dikendalikan secara santai ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta fizikal dan penceramah menganggap kursus ini sangat bagus kerana kedua-dua belah pihak boleh berinteraksi dan bertukar fikiran sambil berkongsi pengalaman secara bersemuka.

Rata-rata peserta berharap kursus ini dapat diadakan secara berkala untuk memberi peluang kepada semua peserta memahami teknik mengenai media kerana perkongsian diberikan oleh penceramah berdasarkan pengalaman dan bukannya teori semata-mata.

MPI bercadang untuk menganjurkan kursus secara hibrid sepanjang tahun 2021 ini jika negara masih dalam konflik COVID-19 agar peserta daripada zon merah turut berpeluang untuk menyertai kursus dan MPI sangat mengalu-alukan penyertaan daripada peserta yang jauh untuk mengikutinya secara atas talian.

1. Penceramah, Encik Rozaid Abdul Rahman memberi tumpuan ketika peserta memperkenalkan diri masing-masing semasa sesi Pengenalan.
2. Peserta mendengar dengan penuh minat perkongsian pengalaman daripada penceramah.
3. Penceramah menerangkan “Do & Don’t: What to Avoid” kepada para peserta.
4. Penceramah menjawab soalan daripada peserta atas talian melalui “chatting box”.
5. Encik Soon Pegawai Penerangan dari Japen mohon pencerahan berkenaan Pengawalan Media daripada penceramah.
6. Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya meluangkan masa bersama peserta sambil bergambar kenangan dengan peserta Atas Talian dan Encik Rozaid diakhir kursus.
7. Peserta fizikal dan atas talian bergambar kenangan bersama penceramah selepas tamat kursus.