Kursus
PERKONGSIAN ILMU UNTUK MEMPROMOSI MAIWP KEPADA UMUM BERJAYA  

PERKONGSIAN ILMU UNTUK MEMPROMOSI MAIWP KEPADA UMUM BERJAYA  

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Promosi Berkesan MAIWP 2023: Bijak Kandungan Digital anjuran Malaysian Press Institute pada 10-11 November 2023 di Resort World Kijal Terengganu.

Dianjurkan untuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dihadiri seramai 30 orang kakitangan Unit Komunikasi Korporat (UKK) MAIWP. Kursus selama 2 hari dikendalikan oleh Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, Penolong Pengarang /Penerbit UtusanTV.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran warga MAIWP khususnya UKK dalam menyediakan kandungan kreatif yang berkesan bagi menarik minat para pengguna media sosial.

Selain itu, tujuannya adalah supaya warga MAIWP dapat memahami dan boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk mempromosi MAIWP kepada pihak luar di media sosial dengan baik dan menjadikan MAIWP sebagai sebuah badan yang dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan sama ada di media konvensional mahupun media baharu.

Perkongsian ilmu oleh penceramah bersama staf MAIWP di Resort World Kijal, Terengganu dari asas penerbitan video HP, papan cerita, sudut penggambaran, penulisan medsos dan canva sehinggalah kepada penghasilan video close up / action dan PSA, teks dan desain canva dapat diselesaikan oleh peserta dengan begitu baik sekali.

Terdapat juga aktiviti berkumpulan di luar bilik latihan dengan menaiki ATV bagi menghasilkan teknik merakam video yang menarik. 

Dengan berakhirnya kursus ini, ternyata para peserta akan menjadi lebih hebat dan rata-rata peserta memberi maklumbalas yang sangat mengagumkan. Perkongsian ilmu yang disampaikan penceramah dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam untuk mempromosikan MAIWP kepada para pelanggan dengan pelbagai teknik yang dipelajari.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Bacaan doa sebelum kursus bermula
Antara peserta yang hadir mengikuti bengkel selama 3 hari 2 malam
Para peserta diberi taklimat sebelum memulakan aktiviti berkumpulan di luar bilik latihan iaitu menaiki ATV sambil merekod menggunakan telefon bimbit
Peserta tekun menyiapkan tugasan membuat & melihat posting di media sosial menggunakan canva
Sesi penyampaian sijil kepada peserta
Foto untuk kenang-kenangan penceramah bersama para peserta setelah tamat kursus. Tahniah!