Kursus
PERKONGSIAN PENGALAMAN PENCERAMAH MENGENAI AI DAN MASA DEPAN

PERKONGSIAN PENGALAMAN PENCERAMAH MENGENAI AI DAN MASA DEPAN

Kursus kedua anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bertajuk The Future of Media in the Age of AI telah menarik minat pengamal media, pengamal komunikasi korporat dan ahli akademik.

Seramai 27 orang peserta terdiri daripada editor dan wartawan dari NST, BH, HM, The Star, BERNAMA, Dagang News, DBP, Siakap Keli dan Media Selangor dan seorang pengamal komunikasi korporat manakala pensyarah dari UM, UiTM, UPM, SEGI Universiti dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) serta pegawai penerangan dari Jabatan Penerangan Malaysia telah menghadiri kursus yang diadakan pada 5 September 2024 di Hotel The Everly Putrajaya.

Kursus yang dikendalikan oleh Doowan Lee, Ketua Pegawai Strategi di EdgeTheory, sebuah syarikat AI yang menyediakan penyelesaian pengesanan, keutamaan dan visualisasi mengenai dinamik pengaruh dalam persekitaran maklumat berpengkalan di Amerika Syarikat.

Kursus ini membincangkan bagaimana kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah landskap media, termasuk penghasilan kandungan, penyampaian berita, serta bagaimana khalayak mengonsumsi maklumat. Topik utama yang dibincangkan termasuk automasi dalam kewartawanan, analisis data dalam pembuatan keputusan editorial, serta AI dalam pemasaran dan komunikasi korporat. Kursus ini juga memberi tumpuan kepada etika penggunaan AI dalam media dan cabaran yang dihadapi, seperti risiko berita palsu dan kehilangan pekerjaan.

Secara keseluruhan kursus ini memberi gambaran jelas tentang bagaimana AI sedang dan akan terus mengubah landskap media serta komunikasi korporat. Pengamal media, pengamal komunikasi korporat dan ahli akademik semua perlu menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi ini, bukan sahaja untuk memanfaatkan AI dalam kerja mereka tetapi juga untuk menangani cabaran etika dan profesional yang datang bersama perkembangannya.

Rakaman gambar-gambar:

Doowan Lee selaku penceramah kursus memberi penerangan berkenaan topik AI kepada para peserta.
Para peserta dari pelbagai organisasi media dan ahli akademik hadir menyertai kursus.
Peserta bersama sijil masing-masing bergambar kenangan bersama penceramah.