Perlembagaan iktiraf raikan pelbagai perbezaan, menguatkan perpaduan
60 orang wartawan Sarawak hadir mengikuti kursus Pengantar Perlembagaan Persekutuan yang diadakan secara hibrid dari Hotel Pullman Kuching pada 12 dan 13 Julai yang lalu.
Kumpulan pertama disertai oleh 25 orang peserta dengan 13 orang peserta hadir secara bersemuka dan 12 orang peserta atas talian. Manakala penyertaan kumpulan kedua seramai 35 orang dengan pecahan 17 orang peserta bersemuka dan seramai 18 orang mengikutinya secara atas talian.
Bagi meraikan rakan-rakan media Sarawak, Pakar Perundangan dan Perlembagaan, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz, diterbangkan khas sebagai tenaga pengajar bagi kursus ini. Pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang perundangan dan perlembagaan yang dikongsikan oleh beliau tidak dapat dinafikan keberkesanannya apabila kesemua peserta tiada yang terlena sepanjang sesi perkongsian dan perbincangan kursus diadakan.
Penglibatan aktif para peserta terlihat dengan pelbagai soalan diajukan bagi mendapatkan penjelasan dan pandangan penceramah. Para peserta tekun mendengar perkongsian Prof. Shamrahayu mengenai beberapa kajian kes perlembagaan dan perundangan berkaitan isu semasa bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada para peserta.
Para peserta juga dinasihatkan supaya menyimpan satu salinan dan keperluan membaca dengan semangat dan roh “Perlembagaan”.
Prof. Shamrahayu turut menyampaikan ilmu-ilmu berkait perundangan dan perlembagaan, sejarah serta terma-terma khas yang digunakan dalam perlembagaan.
Para peserta menzahirkan kepuasan menyertai kursus ini yang telah banyak membantu mereka dalam memahami perlembagaan, sekaligus menambahkan pengetahuan selari dengan kehendak perkhidmatan di rumah media masing-masing.
Program latihan mendapat kerjasama daripada FSJA (The Federation of Sarawak Journalists Association) dan KDJA (Kuching Division Journalists Association) ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Penerangan Malaysia.
Rakaman gambar-gambar:
Pautan artikel: