ANUGERAH
BENGKEL PENULISAN TEKS UCAPAN JADI PROGRAM PERTAMA RASMI PUSAT LATIHAN BAHARU MPI

BENGKEL PENULISAN TEKS UCAPAN JADI PROGRAM PERTAMA RASMI PUSAT LATIHAN BAHARU MPI

Pusat Latihan MPI yang baharu siap dibangunkan dan direnovasi telah dirasmikan dengan penganjuran Bengkel Penulisan Teks Ucapan dengan kehadiran 13 orang peserta.

Bengkel tersebut telah diadakan pada 21 – 22 September 2022, dikendalikan oleh pakar prolifik dalam bidang penulisan teks ucapan iaitu Datuk Dr. Chamil Wariya.

Bengkel selama dua hari itu telah dijalankan secara fizikal sepenuhnya dan kesemua 13 peserta menyatakan kepuasan mereka mengikuti bengkel tersebut.

Banyak teknik penulisan dan gaya bahasa yang dikongsikan oleh penceramah sepanjang bengkel berlangsung. Para peserta juga diberi peluang mempersembahkan teks ucapan kumpulan masing-masing semasa sesi pembentangan kerja kumpulan.

Untuk rekod, pusat latihan baharu MPI yang siap dibangunkan pada 15 September itu akan menjadi pusat latihan utama MPI serta turut akan menjadi studio untuk program-program berkaitan produksi kamera dan multimedia.