Kursus
PESERTA TERTEKAN TETAPI BANGGA DENGAN HASIL MASING-MASING

PESERTA TERTEKAN TETAPI BANGGA DENGAN HASIL MASING-MASING

Disediakan oleh: Shahirah Shukor

“At the end of the program, it’s all about digital content” – ulas Hj Ainol Amriz ketika merumuskan perjalanan kursus Bijak Kandungan Digital pada 7 – 8 Disember lalu.

Program yang sangat padat dengan pengisian, penyampaian penceramah yang efektf melalui gabungan teori tetapi diberatkan kepada latihan praktikal untuk melihat keberkesanan para peserta mengaplikasikan setiap teknik yang diajar.

Kesemua 4 peserta yang menghadiri kursus menyifatkan mereka sangat tertekan apabila perlu menyelesaikan latihan praktikal dalam tempoh yang singkat untuk mengejar dateline yang diberikan. Tambah tertekan apabila perlu berfikir di luar kotak dan menggunakan apa jua elemen di persekitaran mereka. Ini sesuai dengan tugasan hakiki mereka ketika berada di lapangan, perlu cepat berfikir, kreatif dan spontan.

Menggunakan isu-isu yang hangat dan viral, para peserta telah diarahkan untuk mencipta 30 frame storyboard. Setiap frame tersebut perlu dilakonkan semula secara ‘real’ dan dirakam hanya menggunakan smartphone mengikut jalan cerita yang dibuat. Setiap peserta perlu mempamerkan kreativiti masing-masing dalam memastikan content yang dihasilkan dapat diterjemahkan melalui pembikinan video.

Video-video yang telah dirakam akan melalui proses penguntingan atau editing menggunakan aplikasi yang pertama kali diterokai oleh peserta iaitu Video Editor (VN). Ianya bertujuan menggabungkan kesemua video bagi menghasilkan satu video lengkap yang berdurasi selama 3 minit. Di sini peserta perlu menggunakan “voice over” dan pemilihan lagu yang bersesuaian dengan video yang dihasilkan.  

Setiap video yang dihasilkan oleh para peserta mendapat komen penceramah bagi tujuan penambahbaikan.

Para peserta juga seperti tidak percaya kemampuan mereka menghasilkan video dalam tempoh dan tekanan yang diberikan oleh penceramah.

Kursus menampilkan Hj Ainol Amriz, penceramah yang handal dalam bidang kandungan digital.
Dari depan: Yusri (Berita Harian) dan Sameer (NST) bertungkus lumus melakar 30 frame untuk storyboard mereka
Hasil kerja lakaran frame storyboard oleh para peserta
Antara ‘highlight’ aktiviti semasa latihan praktikal, dimana para peserta merakam dan melakonkan semula storyboard yang dibuat
Penceramah memberi tunjuk ajar penggunaan aplikasi Video Editor (VN) kepada peserta sebelum membuat video
Gambar atas dan bawah: Suzalina (Berita Harian) dan Fatin (Sinar Harian) fokus dalam membuat penyuntingan video mereka.
Tayangan semula final video berdurasi 3 minit yang telah dihasilkan oleh setiap para peserta
Dari kiri: Sameer (NST), Suzalina (Berita Harian), Hj Ainol Amriz, Fatin (Sinar Harian) dan Yusri (Berita Harian)