Kursus
PGB ASAH KEMAHIRAN MENULIS

PGB ASAH KEMAHIRAN MENULIS

Unit Latihan MPI hadir ke PETRONAS Research Centre, Menara 1, KLCC sebagai Urusetia penganjuran Kursus Penulisan Teks Ucapan dan Surat Rasmi untuk PETRONAS Gas Berhad (PGB) pada 2 Oktober yang lalu.

Program sehari bersifat khusus ini dihadiri oleh 35 orang peserta yang memperlihatkan mereka menikmati dan memanfaatkan input-input serta informasi terkini berkait kursus melalui penglibatan interaktif mereka sepanjang kursus diadakan.

Dua topik penulisan dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Ini menambah elemen padu dan memberi impak kepada penganjuran kursus yang bertujuan mengemaskini serta menambahbaik kemahiran penulisan masing-masing.

Banyak tips dikongsikan kepada para peserta yang pastinya membantu memperindah hasil tugasan mereka kelak.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Sesi 1: Penulisan Teks Ucapan bersama Datuk Dr. Chamil Wariya, Mantan CEO MPI / Penyedia Kandungan Faktual, VOA Media Network
Para peserta merakamkan gambar kenangan bersama Datuk Dr. Chamil Wariya sebaik tamat Sesi 1. Turut menyertai kursus Encik Abdul Aziz Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PGB (berbaju hitam, berdiri tengah)
Pesan Encik Zaidi dalam penulisan surat rasmi,”jangan berlebihan guna kosmetik, boleh guna satu atau dua luahan perasaan dan perlunya penyelarasan surat dalam sesebuah organisasi”
Tamat sesi kedua bersama Encik Zaidi Ismail, Perancang Bahasa Kanan, Dewan Bahasa Pustaka bererti kursus untuk PGB telah berakhir.